fbpx
Now Reading
Remaja Di Johor Dibelasah 10 Lelaki Hanya Kerana Berkenalan Dengan Wanita Warga Asing [Video]

Remaja Di Johor Dibelasah 10 Lelaki Hanya Kerana Berkenalan Dengan Wanita Warga Asing [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan itu, remaja terbabit dan wanita itu berjanji untuk bertemu di sebuah restoran sebelum dia dibelasah oleh sekumpulan lelaki.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (2 November), tular satu video yang memaparkan seorang remaja diserang dan dipukul oleh sekumpulan lelaki berhampiran sebuah restoran di Bandaraya Johor Bahru.

Menerusi rakaman video tersebut, remaja lelaki itu dipukul dengan menggunakan kon sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian muka, kepada dan badan.

Angkara berkenalan dengan wanita warga asing

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berpunca apabila remaja terbabit berkenalan dengan seorang wanita warga asing melalui media sosial serta berjanji untuk bertemu di sebuah restoran di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisoner Raub Selamat berkata, insiden itu dilaporkan berlaku pada jam 5.15 pagi.

Kenal melalui media sosial, berjanji untuk bertemu

“Mangsa yang berusia 19 tahun memberitahu, dia berkenalan dengan seorang wanita warga asing melalui media sosial, sebelum mereka berjanji untuk bertemu di sebuah restoran di kawasan berkenaan.

“Ketika sedang minum, mangsa didatangi empat lelaki yang bertanyakan bagaimana dia berkenalan dengan wanita tersebut. Tidak lama kemudiannya mangsa dipukul oleh mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini (3 November).

Dibelasah 10 lelaki sekaligus

Menurut Raub, mangsa yang cuba melarikan diri ke kawasan berhampiran kemudiannya telah dikejar oleh enam lagi lelaki sebelum akhirnya dibelasah oleh 10 individu berkenaan.

Tambahnya, remaja itu kemudiannya telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Kata Raub, pihak polis akan menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.