fbpx
Now Reading
Tumbuk Muka & Pijak Dada Ibu Hanya Kerana Tak Kemas Rumah, Pemuda Ditahan Polis
Anak tumbuk & pijak ibu

Tumbuk Muka & Pijak Dada Ibu Hanya Kerana Tak Kemas Rumah, Pemuda Ditahan Polis

Menurutnya, suspek turut dipercayai membaling barang-barang perhiasa rumah kepada ibunya sebelum menumbuk dan memijak mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan biadap seorang anak yang didakwa menumbuk muka serta pijak dada ibu akhirnya memakan diri apabila dia ditahan polis di kampung Lindungan Sungai Way, Petaling Jaya, semalam (2 November).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pada 31 Oktober (Isnin) lalu pihaknya telah menerima laporan dari ibu suspek yang berusia 44 tahun berhubung insiden tersebut.

Tak puas hati rumah tak kemas, suspek tumbuk dan pijak ibu

“Kejadian tersebut adalah berpunca anak lelakinya tidak berpuas hati dengan mangsa (ibu) kerana merasakan mangsa tidak mengemas rumahnya.

“Semasa kejadian, suspek mengunci pintu hadapan rumah serta membaling barang-barang perhiasan ke arah mangsa dan bertindak menumbuk di bahagian muka, memijak badan mangsa di bahagian dada sebelah kiri,” katanya.

Suspek ada rekod jenayah lampau

Jelasnya, hasil semakan kepada pemuda berusia 19 tahun itu mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau.

Suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya dan mahkamah membenarkan pemuda itu ditahan reman selama empat hari bermula 2 November sehingga 5 November bagi siasatan lanjut.

“Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan,” ujarnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.