fbpx
Now Reading
Kanak-kanak Lelaki 7 Tahun Diliwat Abang Tiri

Kanak-kanak Lelaki 7 Tahun Diliwat Abang Tiri

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh bapa mangsa berkenaan kejadian terhadap anak lelakinya yang diliwat oleh abang tiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang remaja berusia 17 tahun dipercayai meliwat kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang juga adik tirinya di Karak, Selangor.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada Ahad lalu (30 Oktober).

Laporan dibuat oleh bapa mangsa

“Laporan dibuat oleh bapa mangsa yang berusia 34 tahun berkenaan kejadian terhadap anak lelakinya itu yang dipercayai diliwat oleh abang tiri mangsa.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah membuat tangkapan terhadap suspek,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis (3 November).

Suspek direman 7 hari, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan

Menurut Zaiham, remaja terbabit kini direman selama tujuh hari sehingga Ahad ini (6 November).

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimun lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan. Jika sabit kesalahan.

“Pihak polis juga ingin menasihati orang ramai khususnya ibu bapa atau penjaga agar sentiasa memantau anak-anak bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.