fbpx
Now Reading
KKM Akan Siasat Calon PRU15 Guna Gelaran Doktor Tanpa Memiliki Sijil Tauliah MMC
KKM siasat calon guna gelaran doktor tanpa tauliah

KKM Akan Siasat Calon PRU15 Guna Gelaran Doktor Tanpa Memiliki Sijil Tauliah MMC

Menurut Timbalan Menteri itu, tindakan individu yang menggunakan gelaran tersebut tetapi tidak mempunyai sijil Doktor Bertauliah itu telah mencemarkan gelaran doktor di seluruh negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/cibailokter/status/1588682279681167361?s=21&t=LMSNKT-pLiNWFO92ZeyRbg

Bahang Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) kian terasa apabila kebanyakan calon sudah mula menjalankan kempen mereka selepas penamaan calon pada 5 November lalu.

Menerusi pencalonan tersebut, kita juga dapat melihat wajah baharu dan lama selain mereka juga datang daripada pelbagai latar belakang seperti selebriti, aktivis, doktor serta banyak lagi.

Namun di sebalik kemeriahan itu, tular di media sosial beberapa foto calon dari parti popular yang didakwa menggunakan gelaran doktor yang diragui.

Malah ada yang mengemukakan bukti di mana semakan mereka di dalam laman Malaysia Medical Board (MMC) tidak menemukan nama calon-calon berkenaan.

KKM akan buat siasatan pada calon guna gelaran doktor

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa pihaknya akan melakukan siasatan ke atas calon yang bertanding pada PRU15 dengan menggunakan gelaran doktor dalam profil mereka.

Memetik laporan Harian Metro, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menyatakan, mereka yang menggunakan gelaran tersebut tanpa memiliki sijil Doktor Bertauliah dari (MMC) merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan.

“Individu yang tidak melengkapkan pengajiannya dan menyelesai latihan amali ditetapkan serta tiada kelulusan dari MMC maka jadi satu kesalahan dan dia tidak boleh gunakan gelaran itu.

“Tindakan individu sebenarnya secara tidak langsung mencemarkan gelaran doktor di seluruh negara,” jelasnya.

Menimbulkan kesangsian di kalangan orang ramai

Menurut beliau, perkara itu boleh membuatkan rakyat sangsi dengan mereka yang mempunyai gelaran doktor.

“Kalau tiada kelulusan yang sebenar, jangan perdaya orang ramai dengan menggunakan gelaran itu, terutamanya calon yang bertanding, jangan tipu rakyat,” ujarnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.