Jakim Sahkan Nutri Malt Tak Ada Sijil Halal & Tak Layak Mohon [Video]
Jakim dalam masa turut menyarankan agar umat Islam memilih produk yang memiliki SPHM kerana ia dijamin halal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bagi mereka yang menganut agama Islam mencari makanan dan minuman yang halal merupakan sesuatu perkara yang wajib.
Malah, kita juga sering dipesan untuk sentiasa berhati-hati dan membeli makanan yang bukan hanya halal tetapi bersih dari segi penyediaannya.
Dakwa minuman malta tak halal
Baru-baru ini, tular satu TikTok yang dikongsikan oleh seorang pendakwah, Ustaz Syah tentang satu minuman malta yang didakwa tidak halal.
Menerusi video tersebut, kelihatan ustaz itu berada di sebuah kedai serbaneka. Dia kemudian meminta orang ramai untuk tidak membeli minuman berjenama Nutri Malt di seluruh francais kedai berkenaan.
“Ingat ni hanya air biasalah, satu dia (Nutri Malt) tiada tanda halal korang boleh tengok betul betul ia tiada tanda halal.
“Ini yang pertama tetapi ia duduk di katagori air biasa (Halal). Yang kedua ia dikeluarkan oleh Carlsberg Brewery, maknanya dikilangkan oleh kilang arak.”
Dia dalam masa sama turut meminta agar orang ramai untuk tidak tertipu dengan perkara tersebut.
Maklum minuman tersebut tidak memiliki dan tidak boleh mohon SPHM
Susulan dari video itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan bahawa minuman jenama Nutri Malt yang dikeluarkan oleh Carlsberg Brewery Malaysia Bhd. disahkan tidak mempunyai dan tidak boleh memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Menurutnya, perkara itu bertepatan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 Klausa 6 (2):-
“Syarikat yang mengeluar dan/atau mengedar produk halal dan tidak halal (termasuklah perkhidmatan penghantaran makanan) tidak layan untuk memohon pensijilan halal Malaysia.”
Sarankan umat Islam pilih produk ada SPHM
Jelasnya, selaku pihak berkuasa pensijilan halal Malaysia, pihaknya menyarankan agar umat Islam memilih produk yang memiliki SPHM.
Ini kerana ia bukan sahaja dijamin halal tetapi toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.
Katanya, bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan isu-isu yang tular orang ramai boleh layari laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim.