fbpx
Now Reading
Selangor Tetapkan 18 November Cuti Umum – MB

Selangor Tetapkan 18 November Cuti Umum – MB

Jelas Amirudin Shari, keputusan ini diambil memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja dan bermastautin di Selangor perlu pulang mengundi di kampung halaman mereka di negeri lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini (9 November) mengisytiharkan Jumaat, 18 November sebagai cuti umum di negeri itu.

Beliau dalam satu sidang media berkata, pelepasan pada hari tersebut diberikan memandangkan keesokan harinya iaitu 19 November adalah hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelasnya, kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja dan bermastautin di Selangor perlu pulang mengundi di kampung halaman mereka di negeri lain.

“Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan secara amnya untuk memberikan cuti umum sehari sebelum PilihanRaya Umum Ke-15, iaitu pada Jumaat, 18 November 2022 dan juga pelepasan untuk mengundi pada 19 November 2022.”

“Kerajaan negeri mempunyai kuasa mengisytiharkan hari pelepasan am berdasarkan Akta Hari Kelepasan 1961 (Akta 369).

“Pewartaan mengenainya akan dibuat pada Rabu depan selepas kita meluluskan dari segi undang-undang,” kata beliau lagi.

Amirudin dalam masa sama turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar mengisytiharkan cuti umum di seluruh negara bagi memudahkan rakyat membuang undi pada 19 Nov.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.