fbpx
Now Reading
Tular Video Ragut Penumpang Kereta Myvi, Penunggang Motosikal Ditahan Polis
Polis berjaya tahan penunggang ragut kereta myvi

Tular Video Ragut Penumpang Kereta Myvi, Penunggang Motosikal Ditahan Polis

Polis kemudian berjaya menahan suspek pada jam sekitar 11.30 malam, semalam (9 November) dan merampas telefon bimbit yang diragut oleh mangsa semasa kejadian berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video memaparkan kejadian penunggang motosikal meragut seorang wanita di dalam sebuah kenderaan di Jalan Genting Klang, Setapak.

Menerusi video tersebut, kelihatan motosikal terbabit mendekati kenderaan jenama Perodua Myvi itu sebelum bertindak mengambil sesuatu barang dipercayai telefon bimbit atau beg tangan di bahagian penumpang.

Penumpang itu kemudian cuba untuk mendapatkan semula barang tersebut namun usahanya gagal kerana individu itu berlalu dengan cepat.

Baca artikel berkaitan: Tular Penunggang Motosikal Ragut Handbag Dalam Kereta Myvi Masa Jalan Sesak [Video]

Peragut sudah ditahan

Terbaharu, polis memaklumkan peragut yang juga merupakan warga tempatan itu sudah ditahan semalam (9 November).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah menyatakan, laporan tersebut telah dilakukan oleh mangsa pada 5 November yang lalu dan telah diterima oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju.

Sedang berhenti di lampu isyarat, lelaki tiba-tiba datang ambil telefon bimbit

Menurut mangsa sewaktu berada di dalam kereta bahagian penumpang di bahagian hadapan dan berhenti di lampu isyarat, ketika itu cermin tingkap dalam keadaan terbuka.

Namun tiba-tiba datang seorang lelaki dari arah belakang menaiki motosikal kemudian meragut telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri.

Polis tahan & rampas telefon bimbit yang diragut, suspek direman 7 hari

Berikutan dari laporan tersebut, polis telah berjaya menahan seorang lelaki yang berusia 32 tahun itu pada jam lebih kurang 11.30 malam semalam (9 November).

Kata beliau, pihaknya turut merampas barangan yang diragut oleh suspek iaitu telefon bimbit.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (Samun-Ragut) yang membawa hukuman penjara selama 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

“Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari mulai 8 November sehingga 14 November. Kes masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut meminta agar orang ramai berhati-hati dan sentiasa berwaspada bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa.

Tambahnya lagi, polis turut memohon kerjasama dari orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes terbabit untuk menyalurkannya kepada IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.

Baca artikel berkaitan:

Foto: FB Polis KL
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.