fbpx
Now Reading
Polis Sahkan Syazlin Zainal Maut Akibat Jatuh Tingkat 22 Pangsapuri Di JB

Polis Sahkan Syazlin Zainal Maut Akibat Jatuh Tingkat 22 Pangsapuri Di JB

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat siasatan awal polis juga tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam, 10 November, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan influencer, Syazlin Zainal, 26 di Johor Bahru.

Laporan dari media bagaimanapun memaklumkan punca kematian pelakon drama Sitik Tok itu masih dalam siasatan.

Terbaharu polis mengesahkan Syazlin Zainal maut selepas terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mendapat panggilan dari orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 12.50 tengah hari.

Panggilan tersebut memaklumkan mereka menemukan mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri itu.

“Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai seorang pelakon sambilan.

“Sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” kata Raub Selamat.

Tiada unsur jenayah, kematian diklasifikasikan mati mengejut

Tambah beliau lagi, siasatan awal polis juga tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Bagaimanapun, beliau memohon orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Taman Pelangi atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab Rahman di talian 016-5050808.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.