fbpx
Now Reading
Polis Buka Kertas Siasatan Lepas Zul Huzaimy Keluar Kenyataan Kontroversi
Polis buka kertas siasatan

Polis Buka Kertas Siasatan Lepas Zul Huzaimy Keluar Kenyataan Kontroversi

Pelakon, Zul Huzaimy bagaimanapun telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyatakan ucapannya mungkin telah disalah anggap.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan pelakon, Zul Huzaimy mengeluarkan kenyataan kontroversi di mana dia ingin menyembelih golongan kafir harbi di Malaysia.

Perkongsian video tersebut bagaimanapun, telah menjadi perbualan hangat serta menimbulkan menimbulkan ketidakselesaan orang ramai

Susulan dari video tular itu, Zul Huzaimy kemudian tampil membuat permohonan maaf menerusi media sosial dan mendakwa ucapannya itu telah disalah anggap.

Baca artikel berkaitan: Buat Kenyataan Melampau, Zul Huzaimy Mohon Maaf Dakwa Ia Hanya Salah Faham [Video]

Kenyataan berbaur perkauman, polis buka kertas siasatan

Terbaharu, pihak polis telah bertindak membuka satu kertas siasatan terhadap pelakon itu kerana kenyataan kontroversi yang berbaur perkauman.

Memetik laporan Harian Metro, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin, mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima laporan tentang video pelakon berkenaan.

Jelasnya, siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/ Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

Kes diklasifikasikan kepada 3 Seksyen

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelas beliau.

Kenyataan kontroversi yang dikeluarkan pelakon itu dikatakan telah dirakam dalam satu program di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lepas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.