fbpx
Now Reading
PRU15: Calon PH Parlimen Padang Serai Meninggal Dunia

PRU15: Calon PH Parlimen Padang Serai Meninggal Dunia

Berita pemergian M Karupaiya turut disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Padang Serai, M Karupaiya dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kulim, Kedah pada petang Rabu, 16 November.

Menurut laporan Awani, khabar duka tersebut disahkan anak perempuan mendiang, Dippah sebentar tadi.

Di dalam laporan sama, mendiang dipercayai telah dimasukkan ke hospital pada Selasa malam (15 November) selepas mengadu sakit perut.

Kosmo pula melaporkan kematian mendiang dipercayai akibat serangan jantung.

Saifuddin sahkan pemergian mendiang

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi satu kenyataan media turut mengesahkan perkara tersebut.

“Dengan rasa penuh hiba dan dukacita saya memaklumkan bahawa saudara Karupaiya A/L Mutusami, mantan Ahli Parlimen Padang Serai merangkap calon Pakatan Harapan bagi P.017 Padang Serai telah meninggal dunia hari ini.

“Mewakili seluruh keluarga besar KEADILAN dan Pakatan Harapan, saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga mendiang.”

Kehilangan besar buat parti dan perjuangan Reformasi

Tambah beliau lagi, pemergian mendiang yang juga penyandang kerusi Parlimen Padang Serai merupakan satu kehilangan besar kepada PKR, PH dan perjuangan Reformasi.

“Jasa mendiang di Parlimen, kepada warga serta Cabang Padang Serai, dan juga kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutama para veteran akan senantiasa dikenang.
Mendiang meninggal dunia di dalam perjuangan menegakkan keadilan demi Malaysia yang lebih baik.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Redzuan Salleh memaklumkan mendiang yang juga menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.27 petang tadi di Hospital Kulim.

Sebagai rekod, mendiang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), berjaya memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dengan majori besar 8,813 undi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.