fbpx
Now Reading
Hujan Berterusan, Sungai Di 4 Negeri Di Paras Bahaya
Banjir

Hujan Berterusan, Sungai Di 4 Negeri Di Paras Bahaya

Antara negeri yang mempunyai paras air sungai bahaya adalah Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan juga Sarawak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak pagi tadi (17 November), Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir yang bakal berlaku di beberapa negeri.

Susulan dari amaran tersebut, beberapa negeri kini dilaporkan banjir ekoran air naik.

Perkara itu turut dikongsikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di media sosial yang memaparkan keadaan banjir di Taman Melawis, Klang selepas menerima laporan berhubung kenaikan paras air di beberapa kawasan seperti Shah Alam, Klang, dan juga Puchong.

Menerusi semakan kami di portal PublicInfobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat jam 7.30 pagi terdapat empat negeri yang dilaporkan mengalami sungai melebihi paras bahaya antaranya:-

Selangor

  • Klang: Sg. Binjai (Pekan Meru), Sg. Klang (Taman Sri Muda), Sg. Rasau (Taman Desa Kemuning)
  • Hulu Langat: Sg. Semenyih (Pekas Bangi Lama), Sg. Langat (Bukit Changgang)
  • Sepang: Sg. Langat (Dengkil & Jenderam Hilir), Sg. Labu (Kg. Salak Tinggi)
  • Petaling: Sg. Bakul (Kg. Budiman)

Sarawak

  • Miri: Long Jegan, Long Teru, Marudi, Long Panai

Johor

  • Segamat: Sg. Lenik (Ladang Chaah)

Negeri Sembilan

  • Port Dickson: Sg. Linggi (Pekan Linggi)

Meskipun beberapa kawasan masih lagi mengalami hujan berterusan, ia dalam keadaan renyai.

Bagi yang berada di Selangor, anda boleh melaporkan sebarang kecemasan atau permintaan bantuan berkaitan banjir di bilik Gerakan C51 Smart Selangor menerusi nombor berkenaan: 03-56500503, 03-56500504, 03-5650059

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.