fbpx
Now Reading
Mengadu Sukar Buang Air Besar, Ibu Terkejut Lepas Tahu Anak 14 Tahun Nak Bersalin
ibu terkejut remaja lahirkan anak

Mengadu Sukar Buang Air Besar, Ibu Terkejut Lepas Tahu Anak 14 Tahun Nak Bersalin

Ketika keterangan diambil, wanita berkenaan menyatakan pada awalnya remaja terbabit mengadu sukar membuang air besar sebelum menyedari ada darah keluar pada kakinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang ibu berada dalam keadaan terkejut selepas mengetahui anak perempuannya yang berumur 14 tahun selamat melahirkan seorang bayi di sebuah kampung di Baling, Kedah pada 14 November lalu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, dalam kejadian yang berlaku sekitar 4.30 petang itu anaknya telah mengadu kepada si ibu bahawa dia sukar membuang air besar sebelum wanita berusia lebih kurang 40-an tersebut membawanya ke Hospital Baling.

Ibu terkejut lepas doktor bagitahu anak mengandung sebelum buat laporan polis

Ibu remaja itu kemudian terkejut sebaik sahaja dimaklumkan oleh doktor bahawa anaknya itu berbadan dua dan sudah mahu melahirkan anak.

Dia akhirnya selamat melahirkan bayi perempuan sekitar dua jam kemudiannya.

Memetik sumber, wanita itu lalu membuat laporan polis selepas mengesyaki remaja itu menjadi mangsa rogol

Foto: Sekadar hiasan (Freepik)

“Berdasarkan keterangan yang diambil, dia memaklumkan anaknya mengadu sukar buang air besar sebelum nampak ada darah pada kaki anaknya.

“Dia juga menyedari perubahan bentuk fizikal anaknya tetapi pelajar itu memberitahu berat badannya naik,” jelasnya.

Mengaku buat seks dengan 2 orang lelaki

Ujar sumber itu lagi, ketika keterangan diambil remaja tersebut mendakwa bahawa dia telah melakukan hubungan kelamin bersama dua orang lelaki yang berumur sekitar 20-an sejak Februari lepas.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat semasa dihubungi turut mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung hal tersebut dan tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenainya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.