fbpx

MCA Gesa Zahid Hamidi Letak Jawatan

Keputusan ini diambil selepas parti itu terkejut dan kecewa dengan keputusan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO untuk menangguhkan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang dijadualkan pada malam ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

MCA hari ini (20 November) menyatakan pendirian bahawa parti itu telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN)

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon menerusi satu kenyataan media berkata, Ahmad Zahid haruslah meletakkan jawatan dengan terhormat supaya seorang pemimpin baharu dapat mengambil alih pucuk pimpinan BN untuk menentukan hala tuju gabungan parti.

Kecewa Zahid tanggungkan mesyuarat Dewan Tertinggi BN

Keputusan ini diambil selepas parti itu terkejut dan kecewa dengan keputusan Ahmad Zahid untuk menangguhkan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang dijadualkan berlangung pada malam ini.

“Pada masa keadaan politik negara masih tidak stabil dan tidak menentu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini, keperluan Mesyuarat Dewan Tertinggi adalah amat terdesak untuk membincangkan situasi politik terkini dan membuat keputusan BN sebagai satu blok,” kata Chong Sin Woon.

Tiada pihak boleh wakili BN berunding dengan mana-mana parti lain tanpa mandat

MCA dalam masa sama turut menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak yang berhak mewakili Barisan Nasional untuk berunding dengan mana-mana parti politik tanpa mandat daripada Dewan Tertinggi Barisan Nasional.

“MCA berpendapat bahawa pemangku pengerusi Barisan Nasional perlulah memanggil Mesyuarat Dewan Tertinggi dengan kadar segera,” kata beliau lagi.

Pemimpin UMNO letak jawatan, mahu Zahid berundur

Terdahulu beberapa pemimpin tertinggi UMNO meletakkan jawatan dan menggesa Zahid untuk berundur secara terhormat antaranya Shahril Hamdan yang melepaskan jawatannya selaku Ketua Penerangan UMNO dan Tan Sri Noh Omar sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.

Kenyataan mereka dilihat senada dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz yang terlebih dahulu menggesa Presiden UMNO itu agar berundur secara terhormat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.