fbpx
Now Reading
Perdana Menteri Interim? Anwar Ibrahim Sahkan Belum Dilantik, Bergurau Masih Ada Kekosongan Jawatan PM

Perdana Menteri Interim? Anwar Ibrahim Sahkan Belum Dilantik, Bergurau Masih Ada Kekosongan Jawatan PM

“Setakat ini, tidak timbul persoalan mengenai pembentukan kerajaan minoriti.” – Anwar Ibrahim

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengesahkan tiada sebarang keputusan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung jawatan Perdana Menteri.

Anwar yang tampil menerusi satu sidang media sebaik selesai menghadap Agong berkata, beliau akan meluangkan masa untuk menghadam nasihat yang diberikan dan menambah bahawa keputusan itu adalah atas budi bicara Agong.

“Belum ada keputusan lagi setakat ini. Ada kekosongan jawatan dan terbuka untuk permohonan,” kata Anwar secara berseloroh selepas disoal sama ada beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim.

Anwar juga berkata tiada keputusan untuk membentuk kerajaan minoriti pada masa ini. Tambahnya juga, tiada tempoh masa yang dinyatakan bila calon Perdana Menteri baharu akan diisytiharkan.

Tambah beliau, ertemuan yang berlangsung di Istana Negara petang tadi juga tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk keputusan dibuat.

“Setakat ini, tidak timbul persoalan mengenai pembentukan kerajaan minoriti,” kata Anwar lagi.

Terdahulu tular di media sosial tangkap layar ciapan beberapa portal berita yang mendakwa Anwar telah dilantik menjadi Perdana Menteri Interim.

Ianya selepas Seri Paduka Baginda menitah perkenan agar pemimpin tertinggi PH itu dan juga Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk datang menghadap.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.