Padah Ugut Bunuh Agong & Hina Institusi Diraja, Lelaki Direman 3 Hari
Perbuatan biadap individu berkenaan menaikkan kemarahan rata-rata rakyat Malaysia di mana ramai menggesa agar dia diambil tindakan dengan kadar segara.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam, BuzzKini ada melaporkan amaran yang diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada semua pengguna media sosial agar tidak menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebarkan kandungan bersifat provokasi yang boleh menyebabkan kegusaran awam.
Ini selepas PDRM mengesan beberapa kandungan sensitif dan menyentuh sentimen perkauman dimuat naik di beberapa platform media sosial, susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
BACA ARTIKEL BERKAITAN: PDRM Beri Amaran Jangan Sebar Kandungan Provokasi Perkauman & Agama Di Media Sosial
Namun tidak sampai sehari peringatan tersebut diberikan, tular di Twitter satu tangkap layar IG Story seorang lelaki yang memuat naik foto Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berserta mesej berunsur ancaman bunuh terhadap Baginda.
Malah dia di dalam tangkap layar tersebut turut dilihat menyebarkan kebencian terhadap Institusi Diraja selain meminta orang ramai membuat demonstrasi bagi membantah kuasa Yang Dipertuan Agong dalam pemilihan calon Perdana Menteri Malaysia.
Perbuatan biadap individu berkenaan mengundang kemarahan rata-rata rakyat Malaysia di mana ramai menggesa agar dia diambil tindakan dengan kadar segara.
Itulah ini pun sama. “We don’t need Agong anymore” we itu siapa? bukan kami!
— . (@IraNazhirah) November 22, 2022
berani nah bagi statement macam ni mana kita tak marah tak suka 😭 pic.twitter.com/fwlfZtM8CT
Ditahan di Kajang malam tadi
Terbaharu, pelaku seorang lelaki sudah pun ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang malam tadi.
Menurut Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi bin Mohamed hasil risikan dan maklumat, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah melancarkan satu serbuan di sebuah rumah yang terletak di sekitar daerah Kajang.
“Menerusi serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya menangkap 1 lelaki tempatan berusia 35 tahun yang dipercayai merupakan pemilik akaun Instagram terlibat.”
Direman selama 3 hari
Sehubungan itu Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tekah memerintahkan suspek ditahan reman reman selama tiga hari iaitu mulai 23 hingga 25 November 2022 bagi memudahkan siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Pihak polis menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang dan menghayati serta menghormati prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.”