Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik setiap daerah di seluruh negara dengan penugasan secara 24 jam sejak semalam, 22 November.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata, langkah mengadakan SJR ini yang akan berterusan hingga ke masa yang dimaklumkan kelak adalah salah satu daripada usaha PDRM dalam mencegah jenayah melalui peningkatan ‘omnipresence’ atau kehadiran polis.
“Langkah mendirikan Sekatan Jalan Raya ini adalah bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.”
Tiada roadblock pada waktu puncak
Namun beliau menambah, tiada halangan SJR akan diadakan pada waktu puncak atau pada siang hari.
“Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR terutaramanya di luar waktu puncak.”
Tegasnya lagi, masyarakat tidak perlu bimbang untuk melakukan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan tahap keselamatan di seluruh negara adalah terkawal.
Terdahulu tersebar di aplikasi WhatsApp mesej yang mengatakan PDRM akan mengadakan SJR 24 jam di beberapa jalan utama di seluruh ibu negara.
Menerusi mesej tersebut turut tersenarai beberapa lokasi panas yang menjadi tumpuan PDRM.