Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Istana Negara pada jam 5 petang.
YDPA Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Anwar, 75, yang juga Ahli Parlimen Tambun selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Majlis istiadat tersebut turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat.
Terdahulu keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mencipta sejarah buat negara apabila tiada satu pun gabungan parti yang cukup majoriti menyebabkan Parlimen tergantung (hung Parliament).
Keadaan ini meletakkan kedudukan politik negara berada dalam suasana tidak menentu sehinggalah Istana Negara mengumumkan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri pada Khamis pagi.