fbpx
Now Reading
Lelaki Berkuda Bawa Bendera Di Pulau Pinang Bukan Gerakan Ekstremis, Kata Polis [Video]

Lelaki Berkuda Bawa Bendera Di Pulau Pinang Bukan Gerakan Ekstremis, Kata Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, hasil siasatan pihaknya mendapati kejadian itu berlaku di Kubang Semang di daerah Seberang Perai Tengah yang mana video berkenaan dipercayai dirakam pada Sabtu (19 November) lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial video sekumpulan lelaki yang menunggang kuda sambil membawa bendera parti politik di sebuah jalan di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Penularan video tersebut menarik perhatian pengguna media sosial apabila beberapa orang dari kalangan pemuda berkuda itu turut dilihat membawa bendera ‘tauhid’ iaitu panji putih dan hitam dengan tulisan kalimah syahadah.

Video berkenaan menyebabkan segelintir netizen mengaitkannya dengan unsur Taliban selain ia disifatkan sebagai cubaan mencetuskan rusuhan di sana.

Bukan gerakan ekstremis dan ia berlaku di Kubang Semang

Terbaharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa individu di dalam video berkenaan bukanlah gerakan ekstremis seperti didakwa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati kejadian itu berlaku di Kubang Semang di daerah Seberang Perai Tengah yang mana video berkenaan dipercayai dirakam pada Sabtu lalu ,19 November iaitu pada Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Siasatan polis juga mendapati bendera yang dipegang adalah bendera parti politik dan bendera kalimah syahadah yang tiada kaitan dengan gerakan ekstremis atau pengganas.

“Oleh itu, pihak polis ingin memberikan amaran kepada orang ramai agar menghentikan serta-merta spekulasi yang tidak memberi manfaat, malah akan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan yang turut dikongsikan di laman Facebook rasmi Polis Pulau Pinang.

Tambah beliau lagi, kesalahan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.