fbpx
Now Reading
Perikatan Nasional Setuju Tubuh Kerajaaan Perpaduan

Perikatan Nasional Setuju Tubuh Kerajaaan Perpaduan

Menurut Hamzah, PN bersetuju dengan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan itu yang akan melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perikatan Nasional (PN) hari ini, 24 November bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan media berkata, Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN yang bersidang sebentar tadi telah membincangkan mengenai cadangan pembentukan tersebut.

“Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” kata Hamzah.

Kenyataan Hamzah tersebut bagaimanapun tidak memperincikan siapakah parti-parti sehaluan yang dimaksudkan beliau.

Malah ia menjadi tanda tanya adakah ianya akan melibatkan Pakatan Harapan (PH) seperti yang dicadangkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.