fbpx
Now Reading
Mufti Perlis Ucap Tahniah Pada Anwar Ibrahim, Cadang DAP Mohon Maaf Pada Masyarakat Islam & Melayu
mufti perlis

Mufti Perlis Ucap Tahniah Pada Anwar Ibrahim, Cadang DAP Mohon Maaf Pada Masyarakat Islam & Melayu

Jelasnya tindakan itu mungkin dapat meredakan perasaan masyarakat majoriti di negara ini dan boleh memulakan azam yang lebih baik untuk jaga sensitiviti umat Islam dan masyarakat Melayu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, media sosial dipenuhi dengan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri (PM) ke-10 Malaysia.

Bukan hanya orang ramai, perkara itu turut disambut baik dikalangan para pemimpin di dalam dan juga luar negara.

Mufti Perlis ucap tahniah pada Anwar Ibrahim

Terbaharu Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri dan mendoakan agar Allah SWT membimbing pentadbiran beliau kepada kebaikan dan dilindungi dari keburukan dan kemurkaanNya.

Beliau yang tampil menerusi satu hantaran di Facebook turut meminta agar blok parti yang lain memberikan ruang kepada Anwar bagi melaksanakan agenda pemerintahannya.

“Selagi tiada zahir kemungkaran atau mafsadah ke atas rakyat, tiada alasan untuk sesiapa membantah atau mengganggu pemerintahan.

“Saya berpendapat parti yang mempunyai dominasi muslim perlu menyertai kerajaan baharu ini jika mereka bimbang dominasi dalam kerajaan pihak yang mungkin membawa perkara yang bercanggah dengan identiti negara atau merosakkan integriti pentadbiran.

“Dengan sokongan yang kuat, kerajaan baharu tidak bimbang ugutan golongan tertentu untuk keluar kerajaan jika tuntutan mereka tidak diperolehi,” ujarnya.

Cadangkan agar DAP mohon maaf kepada masyarakat Melayu dan Islam

Beliau dalam masa sama turut mencadangan parti DAP untuk memohon maaf kepada masyarakat muslim dan juga Melayu di negara ini seperti yang dilakukan kepada pihak Gabungan Parti Sarawak (GPS) memandangkan mereka kini bersama kerajaan baharu.

Katanya, diharapkan perkara itu dapat meredakan perasaan masyarakat majoriti negara ini dan memulakan azam yang lebih baik dengan menjaga sensitiviti umat Islam dan masyarakat Melayu.

“Jika DAP enggan, mereka kelihatan sama sahaja dengan identiti DAP yang umat Islam resah dan tolak sebelum ini,” katanya lagi.

Harap Anwar Ibrahim kembali dengan semangat yang Islamik & negarawan yang baik

Beliau turut berharap agar ‘Anwar Ibrahim’ yang dahulu dikenalinya lahir dari lubuk gerakan Islam itu untuk kembali dengan semangat yang islamik dan negarawan yang baik.

“Kerisauan dominasi pihak tertentu terhadap beliau harap dapat dipudarkan dengan pembuktian beliau dalam tindakan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.