fbpx
Now Reading
Dakwa PM Ejen Israel, Polis Siasat Abdul Hadi

Dakwa PM Ejen Israel, Polis Siasat Abdul Hadi

Ahli Parlimen Marang itu sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk disiasat polis selepas beberapa pemimpin PH termasuk Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil yang mahu polis menyiasat beliau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan ke atas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan dakwaan beliau yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Memetik Kosmo, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin dalam satu kenyataan berkata, siasatan dilakukan selepas polis menerima laporan berhubung tuduhan itu.

“Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 504, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan bertarikh 29 November.

Abdul Hadi sedia disiasat

Ahli Parlimen Marang itu sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk disiasat polis selepas beberapa pemimpin PH termasuk Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil yang mahu polis menyiasat beliau, lapor MalaysiaKini.

“Nak report (polis) report-lah, saya sedia pergi Bukit Aman tak apa,” kata Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Anwar sudah arahkan polis buat siasatan pada 28 November

Kenyataan itu dikeluarkan beliau selepas Fahmi memaklumkan Anwar sudah mengarahkan polis membuat siasatan terhadap fitnah ke atas dirinya itu.

Pihak Fahmi bagaimanapun tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai laporan polis tersebut

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.