fbpx
Now Reading
Lebuhraya DASH Tidak Lagi Percuma, Kutipan Tol Bermula Selepas Tengah Malam Ini

Lebuhraya DASH Tidak Lagi Percuma, Kutipan Tol Bermula Selepas Tengah Malam Ini

Kadar tol untuk kereta atau kenderaan mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda adalah RM2.30, manakala untuk lori dua gandar dan lima atau enam roda adalah RM4.60.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bermula tengah malam ini, pengguna Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan dikenakan bayaran tol selepas 48 hari menikmati kemudahan tersebut secara percuma.

Projek Lintasan Damansara-Shah Alam selaku syarikat pemegang konsesi DASH memaklumkan, kutipan bayaran tol akan dilakukan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan pengenalan frekuensi radio (RFID).

Sentiasa pastikan baki mencukupi sebelum memasuki lebuhraya

Berikutan itu, syarikat terbabit menasihati para pengguna agar sentiasa memastikan baki e-wallet atau kad Touch ‘N Go mereka mencukupi sebelum memasuki lebuh raya berkenaan.

“Kadar tol akan dikenakan kepada pengguna melalui ketiga-tiga plaza tol Lebuhraya DASH iaitu Plaza Tol Denai Alam, Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara) dan Plaza Tol Kota Damansara,” katanya melalui kenyataan semalam (29 November).

Kadar tol yang dikenakan mengikut jenis kenderaan

Menerusi satu ciapan di laman Twitter @myDASHofficial, kadar tol untuk kereta atau kenderaan mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda adalah RM2.30, manakala untuk lori dua gandar dan lima atau enam roda adalah RM4.60.

Bagi treler, kadar tol dikenakan adalah RM6.90, diikuti teksi (RM1.20) dan bas RM2.30.

Bahagian Operasi Lebuhraya DASH akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol di ketiga-tiga plaza tol, selain menempatkan petugas di lorong plaza tol terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan.

Pengguna turut dinasihati agar sentiasa mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan papan tanda arah disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan lancar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.