fbpx
Now Reading
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Cadang PM Tidak Terlibat Dalam Pelantikan Ahli JAC

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Cadang PM Tidak Terlibat Dalam Pelantikan Ahli JAC

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Almarhum Tuanku Munawir berkata, ianya bagi memastikan suruhanjaya itu bebas dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat hari ini (30 November) mencadangkan agar pelantikan lima ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tidak melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Mesyuarat Raja-Raja, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Almarhum Tuanku Munawir dalam satu perutusan sebaik mesyuarat selesai berkata, ianya bagi memastikan suruhanjaya itu bebas dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya.

Titah Baginda, proses pelantikan hakim di negara kita pada masa ini mempunyai kelemahan dan boleh diperbaiki.

“Dari segi Badan Kehakiman, Majlis Raja-Raja bertanggungjawab dalam melantik hakim-hakim di Malaysia. Beta melihat proses pelantikan hakim di Malaysia pada masa ini mempunyai kelemahan dan boleh diperbaiki. JAC memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan pelantikan hakim. Oleh itu, keanggotaan JAC adalah kritikal untuk memastikan JAC terus berkemampuan mengemukakan nama-nama hakim yang berintegriti dan berkaliber.”

Tuanku Mukhriz Almarhum Tuanku Munawir

Baginda sebaliknya mencadangkan agar keanggotaan ahli JAC diberi kepada beberapa institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen.

“Dengan kaedah ini, keanggotaan JAC akan lebih seimbang, dan tidak membawa kepentingan mana-mana pihak,” titah Tuanku Mukhriz.

Baginda dalam masa sama turut mencadangkan agar struktur JAC itu dinilai semula dengan rundingan dibuat antara kerajaan, ahli JAC sedia ada dan badan-badan guaman serta institusi lain yang relevan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.