fbpx
Now Reading
Suhu Harian Antara 22 – 30 Celcius, Malaysia Alami ‘Musim Sejuk’ Hingga Februari

Suhu Harian Antara 22 – 30 Celcius, Malaysia Alami ‘Musim Sejuk’ Hingga Februari

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Met Malaysia, kawasan tanah rata di kawasan pedalaman antaranya di Kelantan, Pahang dan Perak mungkin akan menjadi lebih sejuk berbanding di tempat lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia ketika ini sedang berdepan cuaca ‘musim sejuk’ apabila purata suhu harian negara dilaporkan di antara 22 hingga 30 darjah Celsius.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip cuaca nyaman dan dingin itu dijangka akan berterusan hingga Februari tahun depan.

Memetik Bernama, ia susulan monsun timur laut (MTL) yang melibatkan perubahan angin sejuk dari tanah besar China selain pembentukan awan hujan yang berterusan sejak awal November lalu.

“Jadi apabila awan hujan banyak, dari segi pancaran matahari agak terlindung yang menyebabkan suhu akan lebih rendah berbanding tempoh masa yang lain,” kata Mohd Hisham.

Kawasan tanah rata di kawasan pedalaman mungkin catat suhu terendah

Tambah Hisham, kawasan tanah rata di kawasan pedalaman antaranya di Kelantan, Pahang dan Perak mungkin akan menjadi lebih sejuk berbanding di tempat lain.

“Sebelum ini, suhu di kawasan pedalaman Kuala Krai, Kelantan pernah dicatat antara 17 dan 18 Celsius pada 2014. Jadi, berkemungkinan di kawasan tersebut boleh berlaku lagi (suhu serendah itu),” katanya.

Menurut Pakar Meteorologi Universiti Malaya Azizan Abu Samah pula,  faktor angin dari China yang sudah memasuki Malaysia bermula awal November itu jugaboleh menyebabkan suhu serendah 22 darjah Celsius.

“Perubahan angin monsun ini memang akan memberi kesan kepada suhu dan situasi ini akan turut dipengaruhi oleh geografi atau kedudukan sesebuah kawasan, sekiranya berada di tanah tinggi seperti Genting Highlands suhunya lagi sejuk,” kata Azizan.

Cuaca dingin juga disebabkan luruan monsun

Jelas Azizan lagi, cuaca sejuk dan nyaman ini juga merupakan kesan peralihan angin MTL yang datang dari arah utara atau dikenali sebagai luruan monsun.

“Musim MTL ini memberi kesan kepada jumlah cahaya matahari yang diterima di Malaysia yang berkurang selain mendung dan hujan. Selain itu faktor sejuk yang dialami adalah berikutan angin timur laut yang dibawa dari Siberia.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.