Isu kemiskinan haid merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang enteng malah ia merupakan satu masalah serius yang berlaku pada segelintir masyarakat.
Ini kerana, disebabkan masalah kekangan wang seseorang wanita itu mungkin boleh berhadapan dengan masalah kesihatan apabila terpaksa menggunakan tuala wanita yang sama dalam tempoh yang lama.
Susulan dengan masalah tersebut, kerajaan Selangor telah bertindak untuk memperkenalkan program pemberian tuala wanita secara percuma.
Memetik laporan SelangorKini, Adun Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli menyatakan, isu tersebut bukanlah satu hal yang baharu tetapi oleh kerana rasa malu serta stigma masyarakat yang merasakan ia bukanlah perkara wajar untuk dibincangkan.
Jelasnya, kemiskinan haid merupakan satu keadaan apabila seseorang individu itu sukar memperoleh tuala wanita disebabkan masalah kewangan atau ketiadaan bekalan air bersih dan tempat pelupusan sesuai.
“Antara golongan berisiko menghadapi situasi seperti ini adalah wanita di luar bandar, miskin bandar dan miskin tegar. Manakala bagi pelajar perempuan pula ketiadaan tuala wanita boleh membatas pergerakan dan aktiviti di sekolah.
“Masalah ini sekali gus mengganggu pembelajaran dan akhirnya pelajar memilih untuk tidak hadir ke sekolah dan ini merupakan salah satu faktor berlakunya keciciran pembelajaran,” jelasnya.
Perkara itu dibahaskan oleh wakil rakyat tersebut semasa usul Belanjawan 2023 di Dewan Negeri Selangor pada 30 November lalu.
Katanya, usaha memberikan tuala wanita secara percuma itu telah dilakukan dibeberapa negara luar seperti Korea Selatan yang menyediakannya sejak 2018 dan diikuti oleh Scotland pada 2020.
“Manakala, New Zealand juga memperkenalkan akses percuma produk pembersihan kepada 3,200 pelajar perempuan di 15 sekolah dan Perancis memperuntuk 1 juta Euro memberi tuala wanita di sekolah.
“Saya berharap program ini dapat diteruskan pada tahun mendatang dengan peruntukan lebih besar bagi menangani kemiskinan haid di Selangor,” ujarnya.
Dalam pembentangan belanjawan itu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari turut memaklumkan sebanyak RM200,000 bagi memberdaya golongan wanita termasuk kempen kesedaran serta penyediaan tuala wanita secara percuma.
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…