fbpx
Now Reading
KTMB Tawar Perjalanan Percuma Pada 3 & 4 Disember Ini Buat Golongan OKU
perjalanan percuma

KTMB Tawar Perjalanan Percuma Pada 3 & 4 Disember Ini Buat Golongan OKU

Bersempena dengan Hari OKU Sedunia pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perjalanan secara percuma buat golongan OKU untuk menghargai mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah antara individu yang perlu dihargai.

Ini kerana, meskipun mempunyai kekurangan namun ia tidak mematahkan semangat mereka untuk berjaya dalam hidup malah ramai di antara mereka yang menjadi inspirasi buat masyarakat.

KTMB lancar perjalanan percuma buat golongan OKU

Terbaharu, bersempena dengan Hari OKU Sedunia pada 3 Disember ini Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberikan perjalanan secara percuma kepada golongan berkenaan bermula pada Sabtu (3 Disember) hingga Ahad (4 Disember) ini.

Memetik laporan Bernama, KTMB menyatakan perkhidmatan percuma itu akan melibatkan tren KTM Komuter di sektor Lembah Klang serta Komuter Utara.

Bukan hanya golongan OKU, perjalanan percuma itu juga ditawarkan kepada seorang pengiring mereka dan perlu menunjukkan kad pengenalan serta kad rasmi OKU yang dimiliki secara sah dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di kaunter tiket.

“Inisiatif perjalanan percuma kepada golongan OKU ini diteruskan buat kali kedua selepas mendapat sambutan menggalakkan pada kali pertama ia diperkenalkan pada tahun lepas,” ujarnya.

Salah satu tanda penghargaan kepada golongan OKU

Jelas KTMB, perjalanan yang diberikan secara percuma itu merupakan cara syarikat itu menghargai golongan OKU yang menggunakan perkhidmatannya, selain sebagai bukti keprihatinan dalam menjaga kebajikan serta keselesaan OKU serta penumpang.

“Statistik menunjukkan pada 2021, seramai 37,363 penumpang OKU menggunakan perkhidmatan KTM Komuter, manakala sehingga Oktober lalu, statistik menujukkan peningkatan kepada 74,458 penumpang OKU,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 032267 1200 atau layari saluran media rasmi KTMB serta laman sesawang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.