fbpx
Now Reading
Perempuan Berlagak Seperti Pengkid Kini Jadi Kesalahan Syariah Di Terengganu

Perempuan Berlagak Seperti Pengkid Kini Jadi Kesalahan Syariah Di Terengganu

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, pindaan enakmen itu akan dilaksanakan setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (1 Disember), Pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 telah diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Saiful Bahari Mamat berkata, pindaan enakmen bagi memperkuatkan lagi perundangan syariah di negeri terbabit akan mula dilaksanakan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

4 seksyen baharu diwujudkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah

“Empat seksyen baharu diwujudkan dalam enakmen itu melibatkan kesalahan perbomohan dan sihir, hamil atau melahirkan anak luar nikah, perempuan berlagak seperti lelaki (pengkid) dan persediaan melakukan liwat.”

“Kesemua kesalahan itu boleh dikenakan hukuman maksimum iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan,” katanya pada media selepas Sidang DUN Terengganu semalam.

Unit khas ditubuhkan JHEAT, pantau perkhidmatan rawatan alternatif

Beliau menjelaskan satu unit khas telah ditubuhkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk memantau perkhidmatan rawatan alternatif di negeri itu.

Tambah Saiful, ia juga bertujuan agar rawatan ditawarkan tidak bertentangan dengan hukum syarak agama Islam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.