fbpx
Now Reading
“Bukan Soal Formula” – Kerajaan Perlu Lebih Masa Sebelum Turunkan Harga Minyak, Kata Rafizi

“Bukan Soal Formula” – Kerajaan Perlu Lebih Masa Sebelum Turunkan Harga Minyak, Kata Rafizi

Tambah Menteri Ekonomi itu lagi, formula harga minyak yang diguna pakai kerajaan sehingga ke hari ini iaitu dengan mengambil kira perubahan harga minyak mentah dunia serta penetapan harga siling kekal sebagai kaedah terbaik untuk menentukan harga bekalan bahan api itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk membuat keputusan dalam menurunkan harga runcit bahan api meskipun trend harga minyak mentah global pada masa ini menunjukkan penurunan.

Memetik Harian Metro, Rafizi berkata pelbagai faktor perlu diambil kira antaranya keupayaan kewangan semasa negara sebelum mengumukan sebarang penurunan.

“Selain itu kita perlu mengambil kira peruntukan untuk aktiviti ekonomi negara yang akan beri kesan berganda. Kita perlu lihat kepada keadaan ekonomi sekarang.

“Kita juga kena tengok berapa sebenarnya pendapatan yang kita ada sekarang dan kalau kita nak ubah harga siling RM2.05 seliter berapa banyak peruntukan tambahan yang kita kena buat.

“Persoalannya, harga minyak mentah global semasa berlegar antara AS$83 (RM363.88) hingga AS$85 (RM372.64) setong dan ada yang mengatakan harga minyak mentah jatuh sejak empat dan lima bulan lalu selepas melepasi paras harga AS$100 (RM438.40) setong.

“Oleh itu, apabila harga (minyak mentah global) turun, adakah cukup untuk kita menurunkan harga runcit bahan api, sudah tentu bagi mereka yang memahami sektor minyak dan gas dia akan bertanya soalan itu,” katanya kepada media selepas menghadiri Ceramah Mega Pakatan Harapan (PH) di Kampung Tunku Putra, Padang Serai pada Isnin (5 Disember) malam.

Formula kerajaan sedia ada masih kaedah terbaik

Tambah Ahli Parlimen Pandan itu lagi, formula harga minyak yang diguna pakai kerajaan sehingga ke hari ini iaitu dengan mengambil kira perubahan harga minyak mentah dunia serta penetapan harga siling kekal sebagai kaedah terbaik untuk menentukan harga bekalan bahan api itu.

“Formula sekarang ini pun formula yang saya (cadangkan) dulu dan daripada segi formula sekarang itu, ia kekal terbaik.”

“Ia masih lagi terbaik kerana formula sekarang ini mengambil kira perubahan harga minyak mentah dunia dan juga berapa harga siling yang kita rasa akan dikenakan.

“Ia bukan soal formula, tetapi keadaan ekonomi sekarang,” kata Rafizi lagi.

Ketika ini, harga RON95 dan diesel yang diapungkan masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter. Namun RON97 mencatatkan penurunan sebanyak 10 sen daripada RM3.95 kepada RM3.85 seliter.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.