fbpx
Now Reading
“Pelekat OKU Berbeza” -Didakwa Saman Lelaki Berkerusi Roda Kerana Letak Kereta Di Petak Khas, Ini Respon MPKL
Lelaki kena saman

“Pelekat OKU Berbeza” -Didakwa Saman Lelaki Berkerusi Roda Kerana Letak Kereta Di Petak Khas, Ini Respon MPKL

Walau bagaimanapun, pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat turut memaklumkan notis berkenaan boleh dibatalkan sekiranya individu berkenaan mengesahkan bahawa mereka adalah OKU yang berdaftar dengan JKM selain membantu untuk mendapatkan pelekat yang sah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang disaman kerana memarkir kenderaan di tempat parkir kereta OKU di Pantai Morib, Kuala Langat.

Menerusi video yang dikongsikan individu berkenaan, dia menyatakan telah disaman oleh Majlis Pembandaran Kuala Langat (MPKL) sebanyak RM20.

Jelasnya dengan nada kecewa, saman itu diberikan kerana dia telah meletakkan kenderaan di kawasan petak khas yang disediakan untuk OKU.

MPKL kesan terdapat individu guna pelekat kenderaan OKU versi berbeza yang dikeluarkan oleh JPJ

Susulan dari video tersebut, pihak MPKL tampil menjelaskan apa yang terjadi.

Menurut MPKL, mereka telah mengesan beberapa individu menggunakan pelekat kenderaan OKU yang berbeza dengan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKL memaklumkan, sebanyak dua kereta yang diletakkan di parkir OKU didapati menggunakan pelekat di cermin depan dengan berlatar belakangkan warna biru serta terdapat logo individu berkerusi roda.

“Satu daripada kenderaan tersebut meletakkan pelekat OKU yang mempunyai ruang kosong empat segi di bawah logo OKU yang mana ianya bertujuan untuk meletakkan nombor pendaftaran kenderaan namun tidak diisi dengan mana-mana nombor pendaftaran kenderaan.

“Manakala satu lagi kenderaan hanya melekatkan pelekat OKU berwarna biru tanpa ruang kosong empat segi.

Jelasnnya, hasil semakan dengan pihak JPJ mendapati bahawa kenderaan berkenaan telah menampal pelekat OKU yang berbeza dengan versi yang dikeluarkan oleh JPJ.

Terima aduan dari golongan OKU pelekat digunakan meragukan

Bukan hanya itu, pihak MPKL turut menerima beberapa aduan dari golongan OKU bahawa pelekat yang digunakan itu adalah meragukan.

“Hal ini kerana terdapat kes individu bukan OKU dengan sewenangnya membeli pelekat kenderaan OKU di kedai hanya bagi tujuan untuk menggunakan petak parkir OKU.

“Individu yang videonya tular di media sosial tersebut juga didapati telah menampal pelekat kenderaan OKU yang berbeza dengan versi yang dikeluarkan oleh JPJ dan juga bukan versi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

PBT ambil tindakan pada kenderaan guna pelekat OKU yang meragukan

Tambahnya lagi, demi memastikan layanan yang adil kepada semua golongan warga masyarakat dan kemudahan petak parkir OKU berkenaan tidak disalahguna, adalah menjadi tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan ke atas kenderaan yang didapati menggunakan pelekat OKU yang meragukan.

Namun jelasnya notis berkenaan akan dipertimbangkan utnuk dibatalkan jika individu itu boleh mengesahkan bahawa dia adalah OKU yang berdaftar dengan JKM, dan pihak MPKL akan membantunya untuk mendapatkan pelekat kenderaan OKU yang sah.

“Kerajaan Negeri Selangor telah menetap dan menyeragamkan penggunaan pelekat OKU yang sah diguna pakai di seluruh kawasan PBT Negeri Selangor. Orang awam boleh merujuk kepada PBT di kawasan masing-masing untuk tujuan permohonan pelekat OKU.”

Saman dah dibatalkan & dapat pelekat OKU yang dikeluarkan JPJ

Walau bagaimanapun, individu berkenaan telah tampil dalam satu lagi video yang dimuat naik memaklumkan bahawa saman tersebut sudah pun dibatalkan oleh pihak MPKL.

Menerusi video sama, dia turut memaklumkan saman itu sebenarnya bukanlah RM20 seperti yang dimaklumkan sebelum ini sebaliknya berjumlah RM300.

Malah dia turut diberikan pelekat khas OKU Percuma yang mengikuti spefisikasi JPJ.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.