fbpx
Now Reading
Guru Jumpa Ular Sawa Batik 60 Kg Sembunyi Dalam Bonet Kereta MPV
Ular sawa batik dalam bonet kereta

Guru Jumpa Ular Sawa Batik 60 Kg Sembunyi Dalam Bonet Kereta MPV

Guru tersebut pada awalnya terdengar bunyi dari bonet hadapan kenderaannya sebelum terjumpa seekor ular sawa batik di bahagian bateri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita yang juga bergelar guru terkejut sebaik sahaja menyedari terdapat seekor ular sawa batik berada dalam bonet kereta jenis pelbagai guna (MPV) di kediamannya di Kampung Padang Kala, Melor, Kota Bharu, semalam (7 December).

Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 7.20 pagi itu guru yang berumur 53 tahun berkenaan telah bertindak memanaskan ejin kereta MPV jenama Toyota Unser sambil bersiap untuk menuju ke sekolah.

Dengar bunyi masa panas enjin kereta

Memetik laporan Kosmo, Ketua Operasi Pusat Kawalan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Bharu, Siti Nur Zakiah Abdul Halim menyatakan guru berkenaan awalnya berasa pelik selepas terdengar bunyi di bahagian bonet MPV ketika dia memanaskan enjin.

Jelasnya, guru itu mula curiga terhadap bunyi tersebut dia kemudian membuka bonet hadapan kereta berkenaan dan menjumpai seekor ular sawa batik seberat 60 kilogram di bahagian bateri kenderaan terbabit.

Foto: APM Kota Bharu

“Wanita itu terus menghubungi panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.15 pagi sebelum seorang pegawai dan empat anggota APM bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bertugas mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan ular sawa batik sepanjang tiga meter itu menggunakan alat khas,” ulasnya kepada Kosmo.

Menerusi hantaran di Facebook milik APM Kota Bharu, mereka turut menyatakan bahawa bonet kereta merupakan antara kawasan kegemaran ular untuk berehat dan bersembunyi dan meminta orang ramai untuk sentiasa memeriksa bahagian tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.