fbpx
Now Reading
TikTok Padam 2,113 Konten Video Berunsur Provokasi Dan Ekstremis
TikTok sekat lebih dari 2,000 konten video

TikTok Padam 2,113 Konten Video Berunsur Provokasi Dan Ekstremis

Jelas Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sebanyak 1,000 video yang disekat oleh TikTok sepanjang PRU15 mempunyai unsur provokasi dan bersifat ekstrem.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular isu beberapa video yang berbaur provokasi di TikTok sehingga membuatkan segelintir orang ramai kurang senang dengan perkara itu.

Susulan itu, penyedia aplikasi tersebut menyatakan bahawa pihaknya akan menjalinkan kerjasama strategik bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membendung konten berunsur provokasi dan ekstremis tular di platform berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Isu Video Provokasi: TikTok & MCMC Akan Jalin Kerjasama Bantu Bendung Kandungan Berbaur Provokasi & Ekstremis

2,113 video bersifat provokasi dan ekstremis dah dipadam oleh TikTok

Terbaharu, sebanyak 2,113 rakaman yang bersifat provokasi dan juga ekstremis telah dipadam secara automatik oleh penyedia aplikasi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung hingga 26 November lepas.

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyatakan dari jumlah berkenaan sebanyak 857 konten video telah dipadamkan sepanjang tempoh kempen bermula 12 hingga 18 November, manakala pada 19 November lepas sejumlah 130 video turut disekat sewaktu hari mengundi.

“Pasca PRU15 bermula 20 hingga 26 November, sebanyak 1,126 video dikekang secara automatik bersandarkan sistem kecerdasan buatan (AI) di TikTok.

“Pada masa sama, maklumat diterima bagi 1 Januari hingga 5 Disember, pihak SKMM juga telah berikan sejumlah aduan kepada TikTok untuk menurunkan video dan daripada 202 video yang dimohon, sebanyak 95 diturunkan kerana melanggar garis panduan komuniti.

“Sebanyak 28 video pula dipadamkan kerana langgar undang-undang negara,” ulasnya.

1,000 konten video berunsur provokatif dan ekstrem telah disekat lepas terima aduan

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital itu turut menyatakan pihak aplikasi tersebut turut bertindak menyekat 1,000 bahan konten video yang berunsur provokatif dan ekstrem sepanjang tempoh PRU15 berlangsung.

Perkara itu dilakukan oleh pihak terbabit selepas mereka menerima aduan dari SKMM dan beberapa badan serta agensi lain.

Selain TikTok, Kementerian Komunikasi dan Digital juga akan meneliti undang-undang sedia ada yang ditetapkan kepada pengurusan platform media sosial.

Ini agar peraturan itu lebih responsif terhadap pemintaan serta pemohononan daripada pihak berkuasa.

Kajian terperinci akan dijalankan untuk menilai langkah yang perlu

Jelas beliau, pihaknya akan menjalankan satu kajian secara terperinci bagi menilai langkah yang perlu dilakukan dan bukan hanya jalinkan kerjasama sahaja, tetapi undang-undang lebih tegas.

“Kita mahu lihat pengurangan kandungan yang bersifat provokatif, khususnya berkaitan 3R iaitu Raja-Raja Melayu, isu agama dan perkauman.

“Ini antara (perkara) yang akan kita usahakan (dalam meneliti undang-undang sedia ada),” jelasnya lagi.

Katanya, pasukan khas yang ditubuhkan untuk mengatasi isu seperti berita palsu pada 1 Disember lepas juga akan memberi penekanan terhadap aspek komunikasi khususnya berkenaan pengurusan dalam menangani berita palsu.

“Pasukan ini juga akan memantau hantaran berita palsu yang dilihat mempunyai kesan negatif kepada ekonomi, sosio budaya, agama dan keselamatan selain menjejaskan awam.

“Hasil pemerhatian, tempoh antara Perdana Menteri mengangkat sumpah hingga terbentuk Kabinet itu adalah waktu paling kritikal, banyak sebaran berita palsu ketika itu, dengan adanya Task Force ini akan membantu untuk mengekang penyebaran berita palsu dengan lebih proaktif,” kata menteri itu lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.