Ini Senarai Timbalan Menteri Yang Diumumkan PM10 Anwar Ibrahim
Kesemua Timbalan Menteri yang dilantik dijangka mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara, pada jam 3 petang esok, 10 Disember 2022.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan barisan Timbalan Menteri bagi melengkapkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang dipimpin beliau.
Apa yang mencuri tumpuan adalah pelantikan Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan dan Steven Sim Chee Keong yang mana kedua-duanya dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang sebelum ini merupakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli sewaktu era kerajaan Perikatan Nasional (PN) turut diserap ke dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Namun dalam pengumuman tersebut terdapat dua jawatan yang tidak diumumkan iaitu Timbalan Menteri Agama dan juga Timbalan Menteri Perpaduan Negara.
Menurut Anwar, kesemua Timbalan Menteri yang dilantik akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara, pada jam 3 petang esok, 10 Disember 2022.
Di bawah kami senaraikan semua nama Timbalan Menteri mengikut kementerian seperti yang diumumkan PM.
Jawatan | Nama |
Timbalan Menteri Kewangan | 1) Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan 2) Steven Sim Chee Keong |
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah | Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang |
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi | Datuk Siti Aminah Aching |
Timbalan Menteri Pengangkutan | Datuk Haji Hasbi Habibollah |
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan | Chan Fong Chin |
Timbalan Menteri Ekonomi | Datuk Hajjah Hanifah Hajar Taib |
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan | Akmal Nasrullah Mohd Nasir |
Timbalan Menteri Pertahanan | Adly Zahari |
Timbalan Menteri Kerja Raya | Datuk Seri Abdul Rahman Mohammad |
Timbalan Menteri Dalam Negeri | Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah |
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri | Liew Chin Tong |
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi | Mohammad Yusof bin Apdal |
Timbalan Menteri Sains dan Teknologi | Datuk Arthur Joseph Kurup |
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat | Aiman Athirah Sabu |
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup | Fuziah Salleh |
Timbalan Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi | Ramkarpal Singh |
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim | Datuk Seri Huang Tiong Sii |
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi | Saraswathy Kandasami |
Timbalan Menteri Luar Negeri | Datuk Mohd Alamin |
Timbalan Menteri Pelancongan | Khairul Firdaus Akbar Khan |
Timbalan Menteri Komunikasi Digital | Teoh Nie Ching |
Timbalan Menteri Pendidikan | Lim Hui Ying |
Timbalan Menteri Perpaduan Negara | |
Timbalan Menteri Agama | |
Timbalan Menteri Belia dan Sukan | Adam Adli |
Timbalan Menteri Sumber Manusia | Mustapha @Mohd Yunus Bin Sakmud |
Timbalan Menteri Kesihatan | Lukanisman Bin Awang Sauni |
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) | Datuk Wilson Ugak Kumbong |
Video pengumuman Timb. Menteri
Terdahulu Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang Jumaat bagi memohon perkenan Baginda untuk melantik individu terbabit ke jawatan berkenaan.