fbpx
Now Reading
Padah Menyamar Jadi Doktor Gigi Tanpa Tauliah, 3 Warga Indonesia Ditahan

Padah Menyamar Jadi Doktor Gigi Tanpa Tauliah, 3 Warga Indonesia Ditahan

Siasatan awal mendapati perkhidmatan rawatan gigi itu telah dilakukan oleh ketiga-tiga suspek sejak tahun lalu lagi, malah mereka turut mempromosikannya di TikTok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu golongan doktor gigi tidak bertauliah yang sering menawarkan perkhidmatan menerusi media sosial bukanlah satu perkara baharu.

Malah, mereka sering kali mendapat pelanggan dari pelbagai peringkat umur kerana harga yang ditawarkan murah.

3 ‘doktor’ warga Indonesia tawar perkhidmatan rawatan gigi pada harga RM100 – RM1,400

Terbaharu, tiga ‘doktor’ warga Indonesia turut menawarkan rawatan pergigian menerusi TikTok dengan harga yang bermula dari RM100 hingga RM1,400. Namun ketiga-tiga malah dipercayai tidak mempunyai sebarang sijil pentauliahan dalam bidang tersebut.

Tindakan haram tiga lelaki itu bagaimanapun, terbongkar apabila premis yang terletak di Sungai Way, Petaling Jaya diserbu oleh Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, semalam (8 Disember).

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Amalan Kesihatan Pergigian) Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dr Izwan Abd Hamid memaklumkan, serbuan yang dilakukan pada jam 12.10 tengah hari itu adalah hasil kerjasama pihaknya bersama Jabatan Imigiresen Malaysia (JIM).

3 lelaki ditahan lepas dipercayai bagi perkhidmatan rawatan gigi di premis tak berdaftar

Jelasnya, dalam operasi khas tersebut pihaknya berjaya menahan tiga lelaki itu yang dipercayai melakukan serta memberi perkhidmatan rawatan pergigian di sebuah premis yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Siasatan awal mendapati kegiatan itu beroperasi sejak tahun lalu.

“Suspek dikatakan mempromosikan perkhidmatan mereka di TikTok dengan tawaran harga sekitar RM100 hingga RM1,400 bergantung perkhidmatan yang diberikan,” jelasnya.

Kata beliau, pihaknya turut megesan suspek telah menggunakan ‘Dental Clinic’ di bahagian dinding rumah tersebut dan perkara itu turut dianggap sebagai satu penyamaran.

Sekitar 8 orang pelanggan akan hadir dalam tempoh seminggu

Foto: Sinar Harian

Jelasnya lagi, hasil soal siasat mendapati lebih kurang lapan pelanggan dianggarkan akan berkunjung ke kediaman individu tersebut bagi tempoh seminggu untuk mendapatkan rawatan yang ditawarkan.

“Seorang daripada suspek juga menawarkan khidmat datang ke rumah pelanggan selain sekali perkhidmatan di Johor dan Pulau Pinang setiap sebulan,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 36 tahun itu kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Kemudahan Swasta (KPJKS) 1998 akibat menyediakan klinik pergigian tanpa pendaftaran selain Seksyen 62 (1) Akta Pergigian 2018 kerana melakukan amalan pergigian oleh orang yang tidak berdaftar.

“Tindakan juga diambil mengikut Seksyen 63(1) (e) Akta Pergigian 2018 iaitu secara palsu menyamar sebagai pengamal.

“Pihak Imigresen turut mengambil tindakan terhadap ketiga-tiga suspek kerana disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.