Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini cuaca tidak menentu menyebabkan beberapa negeri mengalami bencana seperti banjir, tanah runtuh dan banyak lagi.
Oleh itu, pelbagai amaran mula dikeluarkan oleh pihak tertentu untuk memberi amaran kepada orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Ramal berlaku air pasang besar
Terbaharu, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) meramalkan akan berlakunya air pasang besar bermula 8 hingga 11 Disember ini.
Menerusi hantaran di Facebook, pihak PHN memaklumkan keadaan tersebut boleh menyebabkan berlakunya limpahan air di kawasan darat dan berkemungkinan banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.
“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar lebih cakna dan berwaspada berdepan fenomena ini.
“Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai,” jelasnya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung paras air pasang surut orang ramai boleh melayari ke laman sesawang PHN.