fbpx
Now Reading
‘Ikon Permotoran’ Ditahan, Disyaki Ugut Sebar Gambar Lucah Bekas Kekasih

‘Ikon Permotoran’ Ditahan, Disyaki Ugut Sebar Gambar Lucah Bekas Kekasih

Ikon permotoran itu direman empat hari bermula Sabtu (10 Disember) hingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pemuda yang merupakan ‘ikon permotoran’ ditahan polis pada Jumaat (9 Disember) selepas disyaki mengugut menyebarkan gambar lucah seorang wanita.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir yang mengesahkan penahanan individu tersebut berkata, dia ditahan selepas polis menerima laporan yang dibuat mangsa yang juga bekas kekasihnya, lapor Harian Metro.

Difahamkan suspek berbuat demikian selepas wanita itu menolak ajakannya untuk bertemu pada Oktober lalu.

“Siasatan mendapati suspek menghantar satu mesej di WhatsApp kepada mangsa pada 3.30 petang 19 Okt lalu mengajak mangsa keluar pada 11 malam.

“Bagaimanapun, mangsa menolak ajakan itu dan perkara terbabit dipercayai menyebabkan suspek mengugut mahu menyebarkan video mangsa melakukan hubungan terlarang bersamanya di media sosial,” katanya dalam kenyataan.

Kerana takut dan tertekan dengana ugutan, mangsa kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada Rabu (7 Disember) sekitar jam 5.40 petang.

Suspek kemudiannya direman selama empat hari bermula Sabtu (10 Disember) hingga 13 Disember bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.