fbpx
Now Reading
Pasangan Kekasih Di JB Ditahan, Dipercayai Buang Bayi Bertali Pusat Ke Dalam Parit

Pasangan Kekasih Di JB Ditahan, Dipercayai Buang Bayi Bertali Pusat Ke Dalam Parit

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, kedua-dua suspek berjaya ditahan dalam satu operasi pada hari yang sama mayat bayi tersebut ditemui.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sepasang kekasih ditahan polis di Kampung Melayu Pandan, Johor Bharu selepas dipercayai terlibat dalam kes pembuangan bayi ke dalam parit pada Ahad lalu (11 Disember).

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Dr. Mohd. Roslan Mohd. Tahir berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek merupakan pasangan kekasih dan dipercayai adalah ibu bapa kandung kepada bayi berkenaan, lapor Kosmo.

Tular video penemuan mayat bayi perempuan di media sosial

“Polis mengesan beberapa gambar dan satu rakaman video tular yang menunjukkan penemuan seorang bayi perempuan masih bertali pusat di dalam sebuah parit di Kampung Melayu Pandan.

“Perkara tersebut turut dilaporkan seorang pengadu iaitu seorang wanita berusia 33 tahun yang menemukan mayat bayi tersebut pada pukul 11.50 pagi, semalam (11 Disember).

“Mayat bayi berkenaan telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan semalam (12 Disember).

Pasangan kekasih berusia 28 dan 29 tahun, tiada hubungan suami isteri

Menurut Roslan, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki dan seorang wanita dalam satu operasi pada pukul 1.00 hingga 1.30 tengah hari. Kedua-dua suspek juga masing-masing berusia 28 dan 27 tahun.

Tambahnya, semakan ke atas kedua-dua  suspek yang bekerja sebagai operator kilang itu juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau serta tidak mempunyai hubungan suami isteri.

“Dalam operasi tersebut, polis turut merampas beberapa barangan antaranya t-shirt dan kain sarung yang terdapat kesan darah, dua telefon bimbit dan juga beberapa ubat seperti Ciproglen, Fenagessic, Anarex dan Spasmin,” katanya lagi.

Foto: Facebook/Otai JOHOR
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.