fbpx
Now Reading
Penganggur Ditangkap Polis, Dera & Tanam Mayat Anak Di Kawasan Riadah

Penganggur Ditangkap Polis, Dera & Tanam Mayat Anak Di Kawasan Riadah

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, suspek telah direman selama tujuh hari bagi menjalankan siasatan lanjut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang bapa bertindak kejam selepas menanam mayat anaknya yang mati didera di sebuah kawasan riadah di Kuala Lumpur sebelum ditahan pihak polis pada Ahad lalu (11 Disember).

Suspek warga tempatan yang juga penganggur dipercayai menanam mangsa yang merupakan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun berdekatan kawasan tepi jalan Taman Dusun Bandar, Jalan Bellamy.

Polis menerima laporan dari isteri suspek

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, sebelum ini pihak polis telah menerima laporan daripada isteri suspek yang mendakwa suaminya mendera anak mereka.

“Isteri suspek yang merupakan wanita warga asing berumur 40-an itu membuat laporan polis pada Jumaat lalu selepas mendapati anaknya yang berusia sembilan tahun itu dalam keadaan lemah dan darah keluar dari mulut.

“Wanita tersebut menyedari keadaan anak perempuannya itu sebaik pulang bekerja kira-kira jam 7.00 malam di kediaman mereka di Jalan Pudu,” katanya.

Polis ke rumah suspek, namun dia dan anaknya tiada di lokasi

Ujar Noor Dellhan, selepas menerima maklumat, pihak polis kemudiannya bergegas ke rumah suspek namun lelaki terbabit bersama anaknya tiada di lokasi.

“Polis kemudian menjalankan usaha mengesan suspek sebelum suspek berjaya diberkas kira-kira jam 12.30 tengah hari di Jalan Pasar Pudu pada Ahad.

Suspek berjaya ditahan mengaku tanam mayat anak tepi jalan

“Suspek yang diberkas berumur 40-an mengaku telah menanam mangsa di tepi jalan Taman Dusun Bandar, Jalan Bellamy di sini,” katanya lagi.

Tambahnya, lelaki terbabit direman selama tujuh hari bagi menjalankan siasatan lanjut dan kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 serta Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.