fbpx

Ah Long Silap ‘Target’ Rumah, Mangsa Di Johor Terpaksa Tanggung Rugi Rumah Dibakar [Video]

Berdasarkan nota yang ditemui, ternyata mangsa yang dimaksudkan itu ialah jiran mereka yang merupakan seorang wanita yang bekerja di Singapura.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita kehilangan harta bendanya sekelip mata selepas rumahnya di Batu Pahat, Johor Bahru dipercayai dibakar oleh ah long.

Walau bagaimanapun, difahamkan wanita terbabit hanyalah mangsa yang tidak bersalah apabila ah long tersebut tersilap sasaran.

Menurut laporan WeirdKaya yang memetik Akhbar China, kejadian tersebut berlaku pada awal pagi 11 Disember yang lalu.

Ketika kejadian hanya anak lelakinya berada di rumah

Menurut anak lelaki wanita itu, Chen Zibin, ketika kejadian berlaku hanya dia dan abangnya sahaja yang berada di rumah kerana pada waktu itu ibunya, Hu Qiushuang berada di luar kawasan.

Kata Chen, ketika mereka sedang tidur, mereka dikejutkan dengan bunyi yang kuat dan menyedari kawasan halaman depan rumah sedang terbakar.

Menurutnya lagi, mereka terpaksa keluar dari rumah tersebut melalui pintu belakang selepas dia dan abangnya gagal membuka pintu pagar hadapan elektrik.

Jiran segera hubungi bomba, selepas melihat kebakaran

Jiran mangsa yang melihat kebakaran itu segera menghubungi pihak bomba dan tidak lama selepas itu api berjaya dipadamkan.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah tersebut, kelihatan seorang lelaki berbaju biru datang ke pintu pagar hadapan dan mengebom kereta mereka.

Temui sekeping nota, ternyata ah long tersilap rumah

Susulan kejadian itu, mereka turut menemukan sekeping nota yang ditinggalkan oleh ah long terbabit di hadapan rumahnya dan menyedari suspek telah menyasarkan orang yang salah.

Berdasarkan tulisan di nota tersebut, ternyata mangsa yang dimaksudkan itu ialah jiran mereka yang merupakan seorang wanita yang bekerja di Singapura.

Foto: Johor.chinapress

“Kami kemudiannya berdepan dengan keluarganya berhubung perkara itu tetapi mereka menafikan bahawa dia mempunyai hutang kepada peminjam.

“Sehinggalah mereka memberikan kenyataan kepada polis apabila mereka menyedari bahawa anak perempuan mereka memang telah meminjam wang.

“Walaupun dia telah melunaskan hutang, pemberi pinjaman enggan melepaskannya dan terus mengganggu keluarga wanita itu,” kata Chen.

Sementara itu, Hu berkata ah long tersebut mungkin tersilap sasaran rumah kerana pokok telah menutupi nombor rumah jiran mereka dan rumahnya pula tidak mempunyai nombor walaupun unit itu dalam susunan berangka.

Wanita terpaksa tanggung rugi beribu ringgit

Ujar Hu lagi, kerana kejadian itu, dia terpaksa menanggung kerugian beribu ringgit kerana kereta, pintu pagar elektrik serta penghawa dingin di rumahnya telah hangus terbakar.

Tambahnya, dia juga tidak dapat pulang kerana bekalan elektrik terputus dan seluruh rumah dikepung pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Video rakaman CCTV

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.