fbpx
Now Reading
Kanak-kanak Berlumuran Darah Menangis Di Sisi Mayat Ibu, Polis Buru Suspek Samun & Bunuh

Kanak-kanak Berlumuran Darah Menangis Di Sisi Mayat Ibu, Polis Buru Suspek Samun & Bunuh

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, mangsa ditemui meninggal dunia dengan kesan kelar di bahagian leher serta barang kemas milik mangsa turut didapati hilang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pihak polis giat memburu suspek kes samun sehingga menyebabkan kematian seorang wanita di Kampung Titingan, Sabah, semalam (15 Disember).

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuhm berkata, suspek dipercayai melarikan diri setelah menyamun dan mengelar leher wanita terbabit menggunakan objek tajam.

Menurutnya, mangsa yang juga warga asing berumur awal 30-an bersama anak perempuannya berumur setahun dikatakan dalam perjalanan pulang selepas mengambil sayur di rumah kakaknya.

Kesan kelar di leher mangsa, barang kemas yang dipakai turut hilang

“Ketika melalui lorong gelap berhampiran sebuah bangunan terbengkalai, mangsa dipercayai diserang sebelum disamun oleh suspek dan mangsa bertindak melawan untuk mempertahankan diri.

“Bagaimanapun, mangsa ditemukan meninggal dunia di tempat kejadian berdasarkan kesan kecederaan (kelar) pada bahagian leher, selain barang kemas dipakai mangsa turut didapati hilang,” katanya kepada media semalam.

Pada masa sama, Champin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutnya.

Tular video kanak-kanak berlumuran darah menangis di sisi mayat ibu

Terdahulu, tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang kanak-kanak berlumuran darah menangis di sisi mayat ibunya.

Manakala satu lagi video berasingan memaparkan seorang lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa memeluk jasad wanita itu sebelum ditenangkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.