fbpx
Now Reading
Keluarga Altantuya Menang Saman, Kerajaan Malaysia & 3 Defendan Diarah Bayar RM5 Juta

Keluarga Altantuya Menang Saman, Kerajaan Malaysia & 3 Defendan Diarah Bayar RM5 Juta

Menurut Hakim, keputusan itu dibuat setelah mendapati ahli keluarga Altantuya selaku plaintif pertama hingga ketiga berjaya membuktikan kes mereka terhadap defendan kedua dan ketiga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (16 Disember), Mahkamah Tinggi membenarkan saman yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu mengenai kematian wanita itu sejak 16 tahun yang lalu, terhadap 4 defendan termasuk kerajaan Malaysia.

Menurut laporan Sinar Harian, Hakim, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan demikian ketika prosiding dijalankan menerusi aplikasi Zoom, yang turut disertai anak Altantuya dan Kedutaan Konsukat Mongolia.

Plaintif berjaya membuktikan kes terhadap defendan

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah mendapati ahli keluarga Altantuya selaku plaintif pertama hingga ketiga berjaya membuktikan kes mereka terhadap defendan kedua dan ketiga.

“Berdasarkan fakta dan undang-undang, kerajaan selaku defendan keempat merupakan majikan kepada defendan pertama dan kedua, bertanggungjawab terhadap tindakan mereka yang mencabuli undang-undang.

“Mereka telah menjalankan tugas sebagai pegawai polis, telah menggunakan sumber yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia dan penghakiman dibuat atas liabiliti terhadap keempat-empat defendan,” katanya.

Jumlah saman RM5 juta adalah adil dan memadai

Menurutnya lagi, RM5 juta adalah adil dan memadai untuk diberikan sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan, manakala jumlah ganti rugi bernilai RM100 juta yang dimohon pihak plaintif sebelum ini adalah berlebihan dan tidak boleh ditakrifkan berdasarkan prinsip sahaja.

Hakim kemudiannya memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM25,000 kepada setiap plaintif.

Ahli keluarga mendiang tuntut saman kerana trauma mental dan psikologi

Terdahulu, bapa Altantuya Dr Shaariibuu Setev, ibunya Altantsetseg Sanjaa serta dua anak lelaki mendiang sebagai plaintif pertama hingga keempat telah memfailkan tuntutan saman kerana mendakwa kematian model itu menyebabkan trauma mental dan psikologi.

Perkara tersebut telah menyebabkan mereka layak dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan teruk.

Ketiga-tiga plaintif turut menamakan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar; penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan kerajaan masing-masing defendan pertama hingga keempat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.