fbpx
Now Reading
Banjir: 3 Beradik Di Kelantan Maut Selepas Terkena Renjatan Elektrik Di Rumah Jiran

Banjir: 3 Beradik Di Kelantan Maut Selepas Terkena Renjatan Elektrik Di Rumah Jiran

Difahamkan, salah seorang mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah jirannya sebelum dua beradiknya cuba membantu turut bedepan perkara sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiga beradik perempuan maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di luar rumah jiran mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat di Kelantan pagi tadi (19 Disember).

Ketiga-tiga mangsa yang berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di tempat kejadian pada kira-kira 11.45 pagi.

Terkena renjatan elektrik selepas pegang tiang rumah jiran

Difahamkan, salah seorang mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah jirannya sebelum terkena pula kepada dua adiknya yang turut berada di hadapan rumah tersebut.

Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir yang berusia 25 tahun mengesahkan kejadian itu ketika ditemui Berita Harian.

Jiran sempat tegur, ketiga-tiga mangsa ingin lihat tali air

Sementara itu, Jiran Che Zahiyah Che Yaakob, 53, berkata dia melihat ketiga-tiga beradik itu berjalan di hadapan rumahnya dan sempat bertanya ke mana mereka menuju sebelum salah seorang mangsa iaitu Nor Syazwani menjawab ingin melihat tali air.

“Nor Syazwani berpegang pada tiang rumah saya dan tiba-tiba dia terus terjatuh sebelum badannya menjadi kejang dan tersentak sebelum Fatiah yang berada di belakang cuba membantu namun turut mengalami keadaan yang sama.

“Sakinah yang berjalan di hadapan mereka berpatah untuk membantu dan turut terjatuh serta kejang seperti dua beradik itu.

“Saya terus menjerit memanggil ahli keluarga lain dan suami segera mengambil kain sebelum cuba menyentuh salah seorang dari mereka dan turut terasa aliran elektrik menyebabkan dia berundur,” katanya.

Penduduk kampung segera hubungi bomba dan polis

Ujar warga emas itu lagi, orang kampung segera menghubungi bomba dan polis untuk tindakan lanjut.

Mayat ketiga-tiga mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak sebaik proses itu selesai.

Terdahulu, seorang kanak-kanak perempuan dua tahun telah menjadi korban pertama banjir di Terengganu dalam kejadian di Kampung Apal, Jertih.

Mangsa dikatakan terjatuh di dalam air banjir dan dihanyutkan arus dalam kejadian itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.