fbpx
Now Reading
Lelaki ‘Kemaruk’ Pornografi Kanak-Kanak Didenda RM800

Lelaki ‘Kemaruk’ Pornografi Kanak-Kanak Didenda RM800

Dia sebelum ini diberkas oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan kerjasama FBI pada Selasa (13 Disember).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang ditahan pada minggu lalu kerana memiliki bahan pornografi kanak-kanak hari ini (19 Disember) didenda RM800 oleh Mahkamah Majister Klang.

Menurut peguam, Royston Tan yang mewakili tertuduh, dia dikenakan denda tersebut oleh Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan ke atasnya di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

“Dia didakwa di mahkamah hari ini dan telah mengaku bersalah. Dia diarah untuk membayar denda RM800 selepas membuat rayuan,” kata Tan dipetik dari FMT.

Mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, mana-mana indvidu yang didapati menjual, mengedar dan memiliki bahan lucah kanak-kanak boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun, didenda atau kedua-dua sekali jika disabit kesalahan.

Terdahulu Setiausaha Polis Datuk Noorsiah Saaduddin memaklumkan tertuduh yang juga seorang ahli perniagaaan telah diberkas oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan kerjasama Federal Bureau of Investigation (FBI) pada Selasa (13 Disember).

Polis kemudiannya mendapati terdapat sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak dijumpai di dalam komputer miliknya.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.