Banjir: Daerah Besut Lumpuh, Laluan Masuk Ditutup & Terputus Hubungan

Keadaan banjir di daerah Besut, Terengganu semakin buruk dengan semua jalan menuju ke daerah itu terpaksa ditutup kepada semua lalu lintas selepas ditenggelami air.

Memetik Harian Metro, 25 jalan ke daerah itu termasuk dari Kuala Terengganu, Kota Baharu dan laluan pantai ditutup kepada semua selepas dinaiki air antara 0.3 meter (m) dan 1.8 m.

Setakat 10 malam tadi, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan tiga laluan iaitu Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu masing-masing di Kampung Padang Luas-Bukit Yong, di Kampung Tok Dor dan di Kampung Renek ditenggelami air antara 0.3 m dan 0.8 m, sejauh 300 m.

Manakala dua lagi laluan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu iaitu Jertih/Kuala Besut di Kampung Seberang dan di Kampung Alor Lintang dinaiki air antara 1.5 m dan 1.6 m.

Menurut Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ahmad Izram Osman penutupan kepada semua jenis kenderaan itu dilaksanakan sejak semalam, lapor Awani.

Beliau sebelum ini melakukan tinjauan udara melibatkan kawasan Hulu Terengganu yang mana rata-rata kawasan dilihat masih digenangi air dengan beberapa sekolah dan kawasan perumahan ditenggelami air.

Setakat 20 November, jam 8 pagi, semakan kami di laman web NADMA mendapati mangsa banjir Besut mencatatkan angka kedua tertinggi di Terengganu yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu seramai 8,228 orang di belakang Kemaman (11,613 orang).

Trend banjir di Kemaman bagaimanapun mula mencatatkan penurunan manakala keadaan di Besut masih kekal tidak berubah.

Jumlah mangsa banjir di seluruh negara ketika ini adalah 63,415 dari 17,377 keluarga dengan 458 PPS aktif.

Carian kami di media sosial turut menemui beberapa posting yang meminta pihak berkuasa agar semua agensi terlibat memhulurkan bantuan tambahan kepada bomba dalam membantu mangsa banjir yang masih lagi terperangkap daerah-daerah terlibat.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

13 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

20 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 days ago