fbpx

Banjir: Tiga Bekas Askar Di Terengganu Berpaut 6 Jam Pada Pokok Untuk Selamatkan Diri

Menurut mangsa, harapan mereka agar banjir tersebut surut musnah apabila paras air terus meningkat menjadi dua meter menjelang waktu petang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiga bekas tentera terpaksa berpaut pada dua batang pokok leban selama kira-kira enam jam selepas terkandas banjir sejak Ahad lalu (18 Disember) di Paya Dadeh, Hulu Terengganu.

Menurut laporan Kosmo, mangsa iaitu Abd. Latif Jamaludin, 54, Wan Azmi Wan Ibrahim, 50, dan Rusli Muhammad, 42, diselamatkan rakan mereka pada pukul 10.00 pagi hari Isnin.

Kejadian berlaku ketika mereka sedang bertani

Kata Abd. Latif, sebelum kejadian, dia dan dua lagi rakannya sedang bertani di kawasan tersebut yang merupakan projek Tanaman Sayur Koperasi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).

“Kami tiba pada pukul 8 pagi (kelmarin) sebelum hujan lebat dan paras air naik mendadak tidak sampai dua jam kemudian.

“Kawasan pertanian kami tiba-tiba berubah menjadi se­olah-olah lautan dengan banjir se­tinggi satu meter,” katanya semalam.

Menurutnya lagi, pada mulannya mereka bertiga berlindung di sebuah pondok yang terdapat di kawasan tersebut selepas terperangkap.

Air terus naik memaksa mereka memanjat pokok

Ujar Abd. Latif, harapan mereka agar banjir tersebut surut musnah apabila paras air terus meningkat sehingga dua meter menjelang waktu petang.

“Kami terpaksa memanjat dua batang pokok leban untuk selamatkan diri pada tengah malam sehingga subuh (semalam). Sepanjang terperangkap kami hanya alas perut dengan biskut dan mi segera.”

Nasib baik telefon bimbit masih berfungsi untuk hubungi rakan

Tambahnya, nasib menyebelahi mereka apabila telefon bimbit milik Wan Azmi masih berfungsi dan membolehkan mereka menghubungi rakan bagi meminta bantuan.

“Kami diselamatkan oleh rakan yang berjaya memasuki kawasan bencana dengan menaiki sebuah bot gentian kaca pukul 10 pagi tadi (semalam).”

Jumlah mangsa dipindahkan ke PPS terus meningkat

Terdahulu, media melaporkan keadaan banjir di beberapa kawasan di Terengganu semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga malam semalam terus meningkat.

Selain itu, pengguna di media sosial juga turut berkongsi beberapa video mengenai gambaran paras air banjir yang tinggi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.