fbpx
Now Reading
JKWP Guna ‘Body Camera’ Untuk Rakam Bukti Individu Merokok Di Kawasan Larangan

JKWP Guna ‘Body Camera’ Untuk Rakam Bukti Individu Merokok Di Kawasan Larangan

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, teknologi itu hanya akan digunakan bagi Operasi Penguatkuasaan PPKHT 2004 dan Undang-Undang Kesihatan Awam yang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anggota penguatkuasa Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP) Kuala Lumpur dan Putrajaya kini menggunakan vest dan kamera badan dalam operasi yang dijalankan.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor’aishah Abu Bakar berkata, ia merupakan kali pertama teknologi kamera badan dengan resolusi serta sensitiviti tinggi digunakan semasa menjalankan operasi.

Kamera badan hanya digunakan dalam operasi Penguatkuasaan PPKHT 2004

Menurutnya, teknologi itu hanya akan digunakan bagi Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dan Undang-Undang Kesihatan Awam yang lain khusus kepada anggota bertugas.

“Rakaman video dan gambar yang direkodkan akan digunakan sebagai bahan bukti kesalahan dan sokongan keterangan pelaksanaan keseluruhan aktiviti. Di samping itu, ia juga dapat menjaga keselamatan dan memelihara integriti anggota penguatkuasa.

“Sejak 12 Disember lalu sehingga kini, sebanyak 10 Ops PPKHT 2004 telah dijalankan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menggunakan Body Camera,” katanya dalam satu kenyataan.

140 notis dikeluarkan melibatkan kesalahan merokok di kawasan larangan

Tambahnya, sebanyak 147 notis dikeluarkan oleh pihak penguatkuasa dan daripada jumlah itu, 140 notis dikeluarkan atas kesalahan merokok di kawasan larangan.

“Tujuh notis melibatkan larangan mengenai merokok dan sebagainya terhadap Orang Belum Dewasa (ODB). Mereka dikenakan notis 32b di bawah peraturan 11(1) dan 13 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004,” ujarnya lagi.

Jelas beliau lagi, pihaknya akan terus menjalankan penguatkuasaan dan pematuhan larangan merokok di bawah PPKHT 2004 di pusat membeli belah, hentian awam dan tempat makan di Sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.