fbpx
Now Reading
‘Separuh Harga, Laju 3 Gali Ganda!’ – Kerajaan Perkenal Pakej Internet Perpaduan Serendah RM5 Sebulan

‘Separuh Harga, Laju 3 Gali Ganda!’ – Kerajaan Perkenal Pakej Internet Perpaduan Serendah RM5 Sebulan

Menurut Fahmi, pakej internet perpaduan disasarkan untuk belia berumur hingga 30 tahun, golongan B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran pasukan beruniform.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bermula Februari 2023, kerajaan akan memperkenalkan satu pakej perpaduan internet prabayar mudah alih dengan harga lebih rendah daripada harga semasa pasaran iaitu RM5 sebulan.

Menteri Komunkasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, langganan itu akan dilaksana secara kerjasama antara lima syarikat penyedia telekomunikasi iaitu Celcom-Digi, Maxis, Umobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communication Sdn Bhd (YES).

RM30 untuk data 30GB selama 6 bulan

“Pakej perpaduan prabayar ini yang ditawarkan pada harga RM30 dengan data 30 gigabait (GB) untuk tempoh enam bulan yang khusus untuk belia, golongan B40, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan veteran.

“Dengan hanya RM5 sebulan, golongan itu boleh menikmati kemudahan internet dan komunikasi dengan kelajuan tiga megabit sesaat (Mbps) dengan data 30GB,” katanya dalam sidang media semalam (21 Disember).

Mampu menampung penggunaan Chat, Voice Call dan aplikasi dalam talian

Menurutnya, data 30GB itu dapat menampung penggunaan perkhidmatan Chat dan Voice Call serta pengguna aplikasi dalam talian bagi aktiviti harian seperti pembelian dalam talian, penghantaran makanan dan tempahan, urusan perbankan dan sebagainya.

“Secara umumnya, berbanding pakej sedia ada, ia menawarkan penjimatan RM5 sebulan, dengan tempoh sah dua kali ganda iaitu daripada 90 hari sebelum ini kepada 180 hari dengan kuota data yang hampir sama.

“Kelajuan pakej juga meningkat tiga kali ganda daripada satu Mbps kepada tiga Mbps. Ini bermaksud separuh harga, tiga kali ganda kelajuan. Pakej ini menawarkan potensi penjimatan 65 peratus hingga 85 peratus bersamaan RM90 ke RM150 bagi tempoh enam bulan berbanding pakej semasa dalam pasaran,” katanya lagi.

Syarikat penyedia dibenarkan tawar nilai tambahan dalam pakej asas itu

Beliau berkata pakej itu adalah pakej asas dan syarikat penyedia perkhidmatan dibenarkan untuk menawarkan nilai tambahan di dalam pakej tersebut.

“Dalam minggu dan bulan akan datang, kementerian ini akan berusaha lebih gigih untuk memastikan beberapa perkara dapat diumumkan. Ada beberapa perkara sedang dibincangkan.

“Bagi pengguna ‘brodband’, dalam masa terdekat kita ada pengumuman yang baik dan bulan akan datang akan ada beberapa perkara yang saya jadikan keutamaan untuk bantu rakyat terutama ketika kita mahu ekonomi dapat dijana dengan lebih baik serta mengurang kos sara hidup,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.