fbpx

MB Terengganu Mohon Maaf, ‘Hilang’ Ketika Rakyat Berdepan Banjir Buruk [Video]

Ahmad Samsuri bagaimanapun menegaskan beliau sentiasa meneliti perkembangan semasa banjir sepanjang tempoh ketiadaannya di Terengganu pada waktu itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini (23 Disember) tampil memohon maaf kepada rakyat di negeri itu khususnya mangsa banjir kerana ‘hilang’ dan tidak bersama mereka di saat banjir besar melanda.

Ahmad Samsuri tampil membuat permohonan maaf itu sewaktu sidang media selepas mendengar taklimat pengurusan bencana di Pejabat Daerah Kemaman pagi tadi.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa kesal yang tidak terhingga kerana tidak dapat bersama mangsa banjir di lapangan terutama untuk tempoh 18 hingga 21 Disember.

“Saya memohon jutaan kemaafan daripada seluruh mangsa banjir dan rakyat Terengganu.

“Saya tidak boleh memberi apa-apa alasan dan faham walau apa jua penjelasan yang saya berikan, ia tentu tidak bermakna apa-apa kerana tidak dapat membetulkan keadaan ketiadaan saya di sisi rakyat sebelum ini,” kata Ahmad Samsuri.

Ahmad Samsuri yang tidak menjelaskan keberadaannya sepanjang tempoh tersebut bagaimanapun menegaskan beliau sentiasa meneliti perkembangan semasa banjir pada waktu itu,

“Saya sentiasa berkomunikasi dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan setiap keputusan yang memerlukan kelulusan saya sebagai MB dapat diteruskan setelah perbincangan dibuat dengan jawatankuasa tersebut.

“Kerajaan negeri telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi banjir kali ini, malangnya cuaca yang terlalu ekstrem dengan hujan terlalu lebat telah menyebabkan berlakunya bencana banjir luar biasa,” kata beliau lagi.

Video permohonan maaf itu turut dikongsikan Ahmad Samsuri di akaun Facebook rasmi beliau.

Terdahulu Bekas Ahli MT UMNO, Lokman Adam mendakwa Dr Ahmad Samsuri sedang bercuti di New Zealand di saat lebih 30,000 rakyat negeri itu sedang berdepan musibah banjir.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.