fbpx
Now Reading
Tular Kisah Kanak-kanak 2 Tahun Dicabul Di Pusat Asuhan, Polis Tahan Suami Pengasuh

Tular Kisah Kanak-kanak 2 Tahun Dicabul Di Pusat Asuhan, Polis Tahan Suami Pengasuh

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, siasatan awal mendapati doktor telah mengesahkan terdapat kesan calar sepanjang 0.5 sentimeter (CM) pada kemaluan mangsa, namun tiada koyakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes cabul yang membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dalam kejadian pada Isnin lalu (19 Disember).

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek ditahan polis di sebuah rumah di Casa View, Cybersouth, Cyberjaya pada pukul 5 petang semalam.

Suspek suami kepada pengasuh, terdapat kesan calar pada kemaluan mangsa

Menurutnya, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.

“Siasatan awal mendapati, suspek ialah suami kepada pengasuh di taman asuhan kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan semalam (22 Disember).

Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati doktor telah mengesahkan terdapat kesan calar sepanjang 0.5 sentimeter (CM) pada kemaluan mangsa, namun tiada koyakan.

Doktor tidak dapat sahkan punca kecederaan kecil

Bagaimanapun, beliau doktor setakat ini tidak dapat mengesahkan punca kecederaan kecil pada kemaluan mangsa.

Mengulas lebih lanjut, Wan Kamarul berkata, pihak polis pada mulanya menerima laporan yang dibuat oleh seorang doktor Hospital Putrajaya pada Selasa lalu di Balai Polis Dengkil mengenai kejadian tersebut.

Mangsa sakit di bahagian kemaluan selepas diambil dari pengasuh

“Siasatan mendapati, mangsa mengadu sakit pada kemaluan selepas diambil dari pengasuh di taska berkenaan pada pukul 6.30 petang Isnin lalu.

“Kami sudah mengambil keterangan ibu mangsa dan mengesahkan telah menghantar kanak-kanak itu di rumah pengasuhnya dan kanak-kanak itu mendedahkan dia dicabul suami pengasuh,” katanya lagi.

Video tular di media sosial

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad berkongsi penderitaan seorang kanak-kanak yang juga anak kepada ejen syarikatnya yang telah menjadi mangsa gangguan seksual di pusat asuhan.

Berdasarkan video tersebut, kendengaran jelas perbualan di antara wanita itu yang juga seorang ibu tunggal bersama anaknya yang memberitahu tentang kelakuan tidak senonoh guru lelaki terbabit kepada dirinya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.