fbpx
Now Reading
“Perpaduan Tanpa Petunjuk Allah Adalah Diharamkan” – Abdul Hadi

“Perpaduan Tanpa Petunjuk Allah Adalah Diharamkan” – Abdul Hadi

Menurut Abdul Hadi, Allah SWT memberikan amaran yang paling keras terhadap orang yang memilih kalangan bukan Islam dalam kerjasama semata-mata bagi mendapatkan kuasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengatakan hanya perpaduan yang mengikut hidayah Allah SWT akan membawa kepada keberkatan, berwawasan kukuh dan kekal di dunia hingga akhirat.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Abdul Hadi berkata, perpaduan itu diwajibkan kepada agama Islam terlebih dahulu kerana golongan Muslim diwajibkan memimpin seluruh manusia melalui pendekatan menyampaikan Islam tanpa paksaan.

“Ikatannya membawa padah di dunia dan akhirat”- Abdul Hadi

Menurutnya, perpaduan tanpa petunjuk Allah SWT adalah diharamkan disebabkan oleh kerapuhannya.

“Ikatannya yang membawa padah di dunia dan akhirat kerana pelaksanaannya tidak berprinsipkan aqidah dan tidak mempunyai konsep amar ma‘ruf dan nahi munkar yang mengawal kehidupan manusia serta pergaulannya dalam bermasyarakat.

“Hal ini disebabkan tiada asas aqidah untuk mengawal diri dan tidak berakhlak,” katanya.

Allah SWT beri amaran keras buat mereka yang memilih golongan bukan Islam untuk bekerjasama demi raih kuasa

Ujar Ahli Parlimen Marang itu lagi, Allah SWT memberi amaran yang paling keras terhadap individu yang meninggalkan konsep kepimpinan Islam dan memilih kalangan bukan Islam dalam kerjasama demi mendapatkan kuasa semata-mata.

“Islam mengharamkan sebarang hubungan yang menghilangkan kepemimpinan Islam atau tidak menegaskan kedaulatan Islam atau tiada kuasa Islam untuk mentadbir kehidupan manusia.

“Begitu juga apabila bersama kalangan yang nyata bermusuh terhadap Islam, sama ada mereka yang menghina ajarannya atau bermusuh terhadap penganutnya atau bersikap melampau mahu berkuasa terhadap umat Islam. Bahkan, kalangan Islam yang melakukan perkara sedemikian dianggap munafik,” katanya lagi.

Ajak seluruh manusia bermasyarakat majmuk di bawah keadilan kerajaan Islam

Jelasnya, tindakan yang harus dilakukan oleh umat Islam selepas bersatu padu adalah dengan mengajak seluruh manusia bermasyarakat majmuk berada di bawah keadilan kerajaan Islam untuk semua.

“Peranan aqidah beriman yang ada dalam diri kepemimpinan Islam yang bertakwa akan mengawal dirinya agar beristiqamah menegakkan rahmat Allah SWT dan keadilan Ilahi kepada semua. Hal tersebut merupakan ciri penting yang tidak terdapat dalam agama lain dan ideologi ciptaan manusia.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.