fbpx
Now Reading
AirAsia Umum Penerbangan Tambahan Istimewa Pada Tambang Rendah Tetap Sempena Tahun Baru Cina

AirAsia Umum Penerbangan Tambahan Istimewa Pada Tambang Rendah Tetap Sempena Tahun Baru Cina

Semua tempat duduk akan tersedia untuk tempahan mulai 28 Disember 2022.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

AirAsia terus komited menyatukan para tetamu semperna sambutan Tahun Baru Cina akan datang dengan mengumumkan penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak bermula 17 hingga 30 Januari 2023.

Terbang dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, serta dari Johor Bahru ke Kuching, Sibu dan Miri pada hanya RM199* sehala, dan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu pada hanya RM249* sehala.

Semua tempat duduk akan tersedia untuk tempahan mulai 28 Disember 2022.

Selain 52 penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap ke enam destinasi popular di Sabah dan Sarawak, AirAsia juga mengendalikan 274 penerbangan mingguan pada tambang biasa ke destinasi sama.

“Kami berbesar hati kerana AirAsia terus komited untuk menyokong inisiatif kerajaan untuk menurunkan tambang penerbangan semasa musim perayaan, meskipun terdapat kekangan operasi. Walaupun mereka tidak dapat meningkatkan lebih kekerapan penerbangan kerana kekurangan pesawat seperti apa yang dialami oleh semua syarikat penerbangan, kami memuji kerja keras mereka untuk menambah penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap untuk menghubungkan keluarga, terutamanya dari dan ke Sabah dan Sarawak.”

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika berucap di majlis pelancaran penerbangan tambahan istimewa di AirAsia redq.
(Foto: Siti Murni/TRP)

Anthony dalam masa yang sama menjelaskan, “Kami menggalakkan syarikat penerbangan lain untuk turut melancarkan inisiatif sama atau lain yang boleh mengurangkan tambang penerbangan terutamanya semasa musim perayaan.

“Sempena sambutan tahun baru ini, kami berharap untuk terus bekerjasama dengan pemain industri seperti AirAsia untuk memenuhi keperluan dan menjaga kebajikan rakyat.”

Para tetamu yang melakukan perjalanan semasa tempoh Tahun Baru Cina akan datang dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang dua jam lebih awal daripada waktu perlepasan yang dijadualkan (untuk perjalanan domestik) untuk mengelakkan kesesakan.

Mereka juga digalakkan untuk mendaftar masuk kendiri menggunakan airasia Super App, yang tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh perlepasan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan.

*Promosi tambang tetap adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai dan yuran berkenaan dan hanya untuk penerbangan tambahan mengikut no penerbangan yang dinyatakan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.